Baru semalam aku post tentang macam mana attitude orang Jerman, hari ini aku mahu tak mahu kena buat satu post lagi. (alasan untuk update blog, harap maklum :p)
Al kisahnya bermula begini. Semalam aku pergi ke PennyMarkt dengan Mizi. Masa tu jam lebih kurang 8.30 malam. (Supermarket tu tutup jam 10.00 mlm). Kami memang membawa banyak syiling. In fact aku bawa satu kotak syiling yang aku kumpul selama aku berada di sini. Kat sini memang banyak guna syiling pun. Ada 1 sen, 2 sen, 5 sen, 10 sen. 1 euro, 2 euro etc. Niat di hati nak habiskan duit syiling tu. Maklumlah, banyak sangat duit syiling, nak buat balik Malaysia pun memberatkan beg saja. Ni dia kotak syiling tu.
Kat market tu, aku pun amikla barang-barang yang aku nak beli berupa air mineral, udang dan telur. Untuk memudahkan sesi pembayaran dekat kaunter, aku pun congaklah terus. Aku bilang cukup-cukup duit syiling yang akan aku gunakan untuk membayar nanti. Semuanya 5.88 Euro.
Sampai di kaunter, aku terus letak syiling yang sudah siap dikira dekat kaunter. Memang banyaklah syiling. Bertaburan lambakan syiling dekat kaunter tu. Ada banyak 10 sen dan 20 sen. You can imagine how many coins were there.
Nak dijadikan cerita, ada la sorang akak yang beratur belakang aku dan Mizi ni. Dia mula bertanya dalam bahasa Jerman. Haish..aku tak faham. Aku agak je lah, mungkin dia nak bayar barang dia dulu sebab it takes a lot of time untuk penjaga kaunter tu mengira syiling yang banyak. Aku pun selamba la jawab, "Ya..ya".
Lepas tu akak tu mula tanya penjaga kaunter sambil menghulur-hulurkan duitnya (a 10 euro note). Dia bertanya.."Wie viel? - yang ini aku faham. Maksudnya "Berapa?". Masa tu, aku dan Mizi mula perasan. Rupa-rupanya akak tu nak tolong bayarkan untuk aku. Mungkin dia simpati melihat aku terpaksa menggunakan syiling yang begitu banyak hanya untuk membayar tiga barang yang simple.
Lebih malang lagi, setelah barang-barangku habis di scan, aku dapati congakan aku tersasar. Harga sebenar ialah 6.48 Euro. Aish..macam mana bleh tersasar ni. Chemical engineer apakah ini? Adeh. Aku mula menyalahkan diri kerana terlalu bergantung kepada kalkulator selama ini.
Apa lagi, aku pun mengeluarkan kotak syiling aku untuk menambah jumlah yang tak cukup. Bila akak tu melihat kotak itu, bertambah-tambahlah dia simpati. Mana taknya, masa tu dalam kotak itu banyak yang tinggal duit-duit syiling yang sangat kecil nilainya - 1 sen, 2 sen, 5 sen. Dia pun terus berkata-kata dalam bahasa Jerman sambil menghulur-hulurkan duit. Berkeras nak tolong bayarkan agaknya.
Aku dan Mizi masa tu dah tak boleh tahan nak tergelak. Tapi sempat control lagi. Aku cakap "Nein..nein". - No no. Mizi pulak cakap "Ist Okay".- Its okay. Dia akhirnya pasrah. Aku pun berjaya membayar menggunakan hampir separuh duit syiling yang aku kumpul.
Mizi yang juga bercadang untuk membayar barang-barangnya menggunakan duit syiling pada mulanya, terus membatalkan niat untuk berbuat demikian. Tak mahu pisang berbuah dua kali. (Ingat: Akak tu masih lagi beratur di belakang!). Kalaulah Mizi pun guna duit syiling juga, akak tu mesti bertambah-tambah kesian. Dua sekawan ni orang miskin agaknya. Nak beli barang pun terpaksa guna syiling. Hahaha.
Dalam perjalanan baliknya, kami tergelak besar. Mana taknya, niat di hati nak habiskan syiling saja tapi silap-silap haribulan boleh dapat barang percuma.
Terfikir juga, aku bukannya kenal pun akak tu, kenapalah baik sangat? Mungkinkah sebab culture diorang memang begitu. Sebelum ini pun aku pernah tengok seorang pakcik tolong bayarkan untuk seorang budak kecil yang tidak membawa duit secukupnya untuk membeli barang.
Dan aku terfikir juga, kalaulah di Malaysia, kita lihat orang yang kita tak kenal, foreigner pulak tu, bayar guna lambakan syiling dekat kaunter supermarket, adakah kita akan berbuat seperti yang dibuat oleh akak itu? I think it is a NO. Besar kan perbezaan antara culture kita dan mereka.
p.s: Lain kali kalau nak guna duit syiling lagi, aku akan pergi time supermarket tu tak ada orang, barulah boleh guna syiling tanpa was-was. Hahahaha.

10 comments:
ha ha ha ha ha ha ...soooo funny. baik bto la akak tuh eh. btw, i'm just came back from teluk senangin, teluk batik n lumut~ hoho.. dr ptg smpi malm meronggeng~
waah..meronggeng. buatla satu post pasal meronggeng. i've never been to teluk senangin..promote la cket. :D
alaa pitya tu..kalu xm pun meronggeng jg..malam tu menonggeng tido..hahaha..li..bawa balik a skit duit2 skeleng tu..aku kumpul jg..selain kumpul setem..hehehe bleh 2 keping stiap2 sor bleh jg..
lek lek ar harith..ko xde sni..kalo ade bley gak g sme2..wat reunion..trip td aku dpt call n tnye nk ikot x g mndi laut..aku jwb nk ikot ler.. balik mlm dowh..mkn ikan bakar..tp service kdai tuh suxx~
harith, bereh..nanti aku try wat balik cket mana yg patut.
pitya meronggeng siang malam..lalalal~. best apa meronggeng..byk pengalaman baru yg bleh ditemui. cthnya: bleh tau service kedai mana yg sux. hehehe.
hoho..betol2..kedai tuh awek die bisu, pekak n dull..dh le huduh..nseb bek dak2 nih xhangen..cek ke dout kt my blog gmbo2 terbaru..freshhhh
bek betull... kalulah semua org mcm tu...
kalaulah semua orang macam tu, tiap2 kali gi supermarket akan daku bawa syiling byk2. hahahaha :P
hihi... sebab tu kalau nak bawa syilling selalu fikir due kali... teringat minggu lepas pakai syilling je sbb nak perabis syilling dlm tabung.. hehe... sume pun nak huluq duit. budak utp ni baik tol. :)
shud be thinking twice after this. usually i gave my coins that i collected in utp to my younger bro.
Post a Comment