It is almost 6 months aku menjejakkan kaki di sini. Memang tak pernah berubah perspective aku tentang orang-orang di sini. In term of attitudes, they are good, and some of them are even better than some Malaysians that I have met before.
Hari ni aku naik bas seperti biasa ke tempat kerja dari pintu pagar depan BASF (Tor 7). Kebetulan aku duduk dekat dengan driver bas. Sampai kat satu stop dekat cafetaria, dia mula bertanya dalam bahasa German. Aku blur. Tak tahu nak jawab apa. Aku cuma bagitau aku tak reti cakap Jerman. What happened lepas tu?
Driver tu dengan rendah dirinya cakap, ' Sorry, my english is very bad'.
Aku cakap 'It's okay.'
Dan dia balas 'No, it's not okay'.
Aku cuma terdiam. Dalam hati, aku rasa aku yang patut malu kerana tidak dapat berbahasa Jerman sedangkan aku berada di Germany.
Dia pun tanya lagi, ' Where are you going? Tor 12?'
Aku pun cuba mempraktikkan serba sedikit bahasa Jerman yang aku tahu. 'Nein. Nexte Hastestelle' (ejaan ni konfem salah, ntah btul ke x aku pronounce tadi..hahaha). Maksudnya ''no, next stop.'' Kebetulan masa tu aku dah nak turun next stop.
Dia pun hentikan bas kat next stop. 'Here?'
Aku jawab 'Ja' - yes
Dia cakap 'Bye'
Dan aku reply 'Danke, tschüss' - Thank you, bye
Turun saja dari bas, aku tersenyum sendirian. Kalau ingat-ingat balik, dah agak ramai orang di sini yang aku jumpa, rata-ratanya sama dengan driver bas yang baru aku jumpa tadi. Walaupun mereka cuma tahu berbahasa Inggeris serba sedikit saja, tapi apabila ditegur atau menegur kita, mereka akan cuba sedaya upaya untuk berkomunikasi.
Kalau nak tolong tunjuk jalan, mereka akan betul-betul tolong. Nak ajar cara keluarkan duit, nak bagitau bas atau tram mana kena naik untuk ke satu-satu tempat, mereka akan tolong dengan bersungguh-sungguh.
Teringat seorang mak cik tua yang baya nenek aku. Dia tegur aku dalam bahasa Jerman, masa tu aku tengah tunggu bas. Seperti biasa aku cakap aku tak paham. Susah-susah dia explain pakai sign tangan semua, rupa-rupanya nak tanya aku datang dari mana.
Rata-rata yang aku jumpa juga, selalunya guess aku datang dari Korea (:D) atau China (erk..). Bila cakap Malaysia... barulah mereka kata 'oooo'... Aku bangga juga sebab ramai orang kat sini kenal Malaysia. Bila cakap Malaysia - diorang selalu relate kan dengan Twin Towers, Kuala Lumpur. Siapa cakap Twin Towers satu pembaziran.
Kesimpulannya, most of the people here are very friendly. Cuma satu saja golongan orang yang aku tak suka di sini - orang mabuk teruk, lepas tu merapu-rapu dalam tram atau bas. Tapi setakat ni baru dua tiga kali aku jumpa orang macam tu.
So kawan-kawan, don't believe the hype that orang-orang Jerman kasar, dan selalunya tak berperikemanusiaan seperti yang selalu ditonjolkan dalam filem-filem Hollywood. :D
p.S: 99 posts including the drafts that I do not wish to publish. Does that count as well?
6 comments:
wahh...bgusnye orng german..vondevough~
vondevough tu ape kebendanya pitya. x paham..hahaha.
diorang memang bagus pun. i like them :D
99.. wow.. keep it up rosli.. ni lah bile syok duk rumah, komputer pun malas nak bukak. :P
thanks illy. duk rumah mmg best..huhu. i wish that i am at home :(
u'll be home soon enough. don't fret.
nothing like that..its just that when u mentioned home, i remember my home..hehehe :D
Post a Comment