Tak sampai sebulan lagi, aku akan kembali ke Malaysia. Perasaan? Ada perasaan gembira tapi pada masa yang sama ada sedikit kesedihan. Teringat lagi masa awal-awal dapat tahu aku akan ke Germany. Memanglah seronok tapi rasa berat hati juga untuk meninggalkan keluarga. Nasib baik cuma untuk 7 bulan. Ingat lagi, ada sesi fotografi untuk student yang akan ke Germany. Pejam celik pejam celik sekarang dah hampir tamat pun.
Mizi, Tzu Fen, Aku, Pei Chie, Amir (not in the photo: Angie)
Okay lah, tanpa membuang masa aku akan ceritakan serba sedikit apa yang gembira dan apa yang sedih.
Aku akan balik 13 Julai nanti dari Frankfurt ke KLIA dan kemudiannya terus ke Pengkalan Chepa. Kira-kiranya 14 Julai nanti aku akan kembali menjejakkan kaki di Tanah Serendah Sekebun Bunga. Aku begitu merindui kampung halaman, aku rindu masakan mak dan kak long, aku rindu senda gurau bersama-sama adik beradik yang lain. Aku rindukan kawan-kawan, terutamanya my bestest buddy, Harith bin Razali. Bukannya aku tak rindu kawan-kawan lain, tapi mungkin kerana terlalu banyak masa aku di UTP selama ini diluangkan bersama Harith, bila dia tiada saja aku rasa macam ada ruang kosong dalam hidup seharian.
Oh ya, tiga orang intern (Amir, Mizi, Angie) akan balik lebih awal, pada 9 Julai kerana visa mereka tamat tempoh lebih awal. Aku balik bersama Pei Chie dan Tzu Fen pada 13 Julai. In fact, aku tak rasa apa-apa pun. Ada pro dan kontranya sama ada balik lambat atau balik awal. Balik lambat, aku boleh spend lebih banyak masa-masa terakhir aku di sini. Aku mungkin ambil cuti untuk minggu terakhir tu. Entah bila lagi aku akan berpeluang untuk berada di sini. Balik awal, lebih banyak masa untk bersama keluarga sebelum memulakan tahun akhir pengajian. Insya Allah, kalau panjang umur banyak lagi masa untuk bersama keluarga.
Gembira? Banyak sebab. Antaranya famili, kawan-kawan, dan makanan. Aku sudah jemu juga dengan makanan di sini. Tak banyak pilihan. Yang dapat dipilih pun belum tentu sama dengan selera sendiri.
Sedih? Salah satunya mungkin sebab sudah terbiasa dengan keadaan dan suasana di sini. Membayangkan kehidupan selepas ini tanpa tram, dan train untuk bergerak ke mana-mana sudah cukup untuk membuatkan aku berat hati untuk meninggalkan negara ini. Membayangkan kelas dan assignment yang akan bertimbun-timbun bila kembali ke UTP, membayangkan bila tamat belajar, macam manalah suasana kerja di Malaysia, aku begitu resah. Aku rasa kerja di sini sangat menyelesakan, tak ada stress, dan masa kerja sangat fleksibel.
I will miss a lot of things here. Dan bukan semua pengalaman di sini menggembirakan dan menyenangkan hati. Ada juga yang kadang-kadang mengguriskan hati. Ada yang membuatkan aku begitu terasing dan sunyi. Ada yang membuatkan aku emo. Tapi begitulah hidup, kan? Tak indah jika semuanya indah. :D
7 comments:
sebulan lagik jek...hmmm...sedih bercampur baur gembira laa..
kat sne msak or beli jek??? ezmal smnjk duk sane dah terrer masak..
harith je ke sorng?? kawn2 laen...
ape cerita sedih menguris jiwa...waiting for special post menguris jiwa...
kat sini most of the time masak sendiri. jimat kos :)
kawan lain rindu gak cket2. hehehe.
post mengguris jiwa? tunggu la dua tiga tahun lagi. hahaha.
But, u are lucky sbb dpt pengalaman intern kt negara orang. Mungkin bila dh keje nanti ssh nk dpt peluang macam ni lagi. But we are lucky too.. hehe. Tanpa sedar banyak gak belaja benda baru masa intern ni.
Dan, macam biasa sume benda ade pro n con dia. Gembira & sedih bercampur bila dah nak abes intern ni.
Smoga selamat smpai Kelate..
Thanks anis. Banyak kata-kata nasihat penuh bermakna tu. I'll keep that in mind. :D
Anyway, jumpa nanti di UTP :D
lme nye nk tggu 2-3 tahun...haih..xpe..nnti make sure alert kalo dah post..
its not too early to say... welcome back my friend....
pitya, ada masa nanti aku buat juga post tu. hehehe :)
thanks illy :)
Post a Comment