Friday, April 11

Tag #3

Sudah tiga tag aku buat rupanya. Asalnya aku tak ingin membuat tag yang satu ini. Tapi disebabkan Alin sudah letak nama aku kat blognya yang famous tu, aku pun membuat jugalah tag ini. (Ini adalah alasan untuk mengupdate blog...harap maklum).

Tag ini menyelongkar apa yang ada di dalam beg aku. Tapi jangan risau, tak ada apa-apa yang pelik dalam beg aku ni.

Okaylah, kita mulakan satu persatu. Ini dia beg aku yang aku bawa hampir ke mana-mana saja di sini:

lawa, kan? aku suka tali kat depan beg ni... boleh disimpul-simpul semasa bosan :D


Ini pula isinya yang selalunya aku bawa:-


Dari kiri: Plastik shopping bag, name tag, earphone, passport, buku catatan, map.

1. Plastik shopping bag
- Shopping center di sini tidak menyediakan plastik bag secara percuma, so untuk menjimatkan kos, kami membeli plastik bag sekali sahaja, lepas itu reuse. =D

2. Name Tag
- Pass untuk keluar masuk ke tempat kerja. Lagi lawa daripada kad matrik UTP, seryes.

3. Earphone
- Sebagai back up untuk mendengar lagu di handset andainya iPod kehabisan bateri.

4. Passport.
- Macam kad pengenalanlah kat sini. Untuk travel ke mana-mana memang penting.

5. Buku catatan.
- Tak catat apa-apa pun, hanya sebagai persediaan untuk mencatat, jika perlu.

6. Map
- Map untuk ke mana-mana kawasan berhampiran. Tapi memang jarang diguna pakai pun.


Handset, dompet, kunci? Aku tak pernah letak dalam beg. Letak dalam poket seluar atau jaket saja kerana lebih senang untuk dicapai.

Penat juga menyelongkar beg sendiri, aku tak ingin kamu semua penat, okay? Jadi aku tak ingin tag sesiapa kali ini. =p

11 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
iLLy said...

ye hawwww~! tidak ditag... legaaa.. hehehe.. kalau x.. jenuh nak keluarkan satu persatu barang2 dalam handbag...

Miss Zahidah Zakaria said...

hahahaha
tag yang bijak dan creative...
bley tau apa yg ada dlm beg org!!!
hehehe

moroka said...

illy, jgn suka dulu...aku tak tag kamu, nanti ada orang lain yang akan tag kamu..hahah.~

zaza, nak buat tag ni ke? sila-sila. =D

dayla said...

hihihi.menarik tag ni..
seb baik beg rosli tadek mende2 aneh..hihi..
kalau beg yg aku bwk g keje...lg byk bende tak gune dr mende yg leh digunakan..hehehehe

h a r i t h said...

la la la..apekah?

moroka said...

dayla, setahu aku, girls memang bawak byk benda2 yang kadang2 x digunakan pun..ehehe.jgn mare.. =P

harith, ini adalah tag. tag = children's game in which one chases the rest, and anyone who is caught then becomes pursuer. sebut betul2, children! hahah =D

Anonymous said...

oooo seli..
create la ur own tag.. hahaha
duk jawab tag orang je sokmo neh.. pe citer.. orang jerman x dok ke tag best2? hahahaha

moroka said...

aalim oh aalim, orang jerman tag dia dlm bahasa jermen la. aku sendiri pun x paham..hahah. =D

malas la nak buat tag sendiri..ketandusan idea. kito ni bkn pandai sangat bab mencapub2 ni..ahahah. =P

eira eixora said...

Uikss..kat sana bag plastic pun kena beli eh? Menarik2...mesti kat sana orang syg nk buang bag plastic merata sebab kena beli.

moroka said...

mmg tu tujuan dia kot..xnak bagi orang buang plastik tu merata-rata. malaysia pun patut buat benda sama jgak..hehehe. =D