Tuesday, April 8

Quotes Lagi...

Q: Asyik quotes je, dah tak ada idea lain agaknya engkau ni?
A: Aku peduli apa..ni blog aku..~
Q: Blog kau pun, orang lain baca jugak!
A: Ada orang baca ke blog aku?? (dengan muka terkejut)
A: Ah..tak kira, aku nak buat quotes jugak...aku tgh bosan ni!
(Quotes bermula)
''Kerusi yang empuk, meja yang selesa, fast internet connection, bos aku outstation...akulah bos...'' - heard this from one of my old friend. Funny but true. =D
''Kalau kita menangis, air mata boleh kita kesat, tapi semangat jangan sesekali gugur macam air mata, kalau jatuh kita bangun lagi, tak boleh lari kita berjalan, tak boleh bergerak laju, kita bergerak perlahan, yang penting kita bergerak ke depan, lama-lama kita sampai juga ke matlamat yang hendak kita capai..'' - from one of my most respectable, unforgetable teachers, thanks a lot for giving me inspiration to choose chemical engineering!
''Kebenaran itu kadang-kadang amat pahit, lebih pahit daripada hempedu. Mungkin sebab itulah sesetengah kebenaran itu lebih baik disimpan jauh di lubuk hati, supaya hempedu itu tidak pecah dan memahitkan segala kemanisan yang ada..'' - just my 2 cents =p
''Simply paying attention allows us to build an emotional connection. Lacking attention, *empathy hasn't a chance.'' - Daniel Goleman, psychologist and award-winning author of "Emotional Intelligence"(EI). *empathy = ability to understand and share the feeling of another.
(Quotes tamat)
Q: Lepas ni kau nak buat quotes lagi ke?
A: Kau tak nak baca sudah! hahah..~
Begitulah dunia ini, penuh dengan pementasan dan drama. (is this a quote?). Lalalal..~

6 comments:

eira eixora said...

Tak salah jika quote2 itu dikongsi. Mungkin ia akan menjadi sumber inspirasi untuk orang lain jugak.. =)

moroka said...

ada btulnya juga kata-kata mu itu ya anis..heheh. =P

Anonymous said...

eh eh.. quote~
ape nk kisah..
at least blog deme ni updated..
kalu dok updated, karang ad plok suruh update owk :D

moroka said...

ye dok ye jgok...ni kawe rasa nk letak quotes lagi neh..hahah. :D

iLLy said...

letak la... boleyh di kidnap quote-quote itu utk dijadikan status gtalk.... hehehe...

me running out of quotes

moroka said...

status gtalk? waah..sila-sila :)