Wednesday, March 19

Luka dilukai

Luka dilukai
by Shima





Kanan dan kiri
Cuba berlari
Masih ku dihujani
Tohmah dan caci

Jangan sekali
Aku diletak ke bawah
Hanya kerana jalan
Hidup yang susah



Tak siapa di antara
Kita di dunia
Memilih jalan hidup
Yang derita



Aku sering dipersenda
Dan sering dikecewa
Oleh hati mereka
Yang tak punya rasa



Ingin ku mengecap bahagia
Padamu kasih yang menjanjikan setia
Namun belum sempat ku merasa
Mimpi yang di bina
Hati mudah berdarah semula
Kerana dustanya...



Terhempas lagi
Kesekian kali
Luka yang dilukai
Menguji diri



Namun begitu
Aku tabahkan semangat
Biar waktu merawat
Segalanya...




Hidup memang penuh dengan cabaran
Tidak penah ada hidup yang senang berpanjangan.
Dan tidak pula hidup itu susah berpanjangan...

Setiap kelukaan pastinya ada ubat disebaliknya.
Setiap kesakitan pasti ada penyembuh disebaliknya.
Setiap kekalutan pastinya ada tenang disebaliknya.






No comments: