PERLUKAH dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti akan kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah berkecai?
Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah bahawa sepi itu lebih indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan pasti kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masanya untuk anda melangkah pergi. Kala itu sepi lebih indah daripada sebarang bunyi.
Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau kau lebih tahu tak ada yang lebih berharga daripada dirimu dan jua aku tak mungkin dapat melupakanmu.
Itu lebih bererti sebab adakalanya perpisahan itu lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, maka adalah lebih baik melangkah pergi.
Katakan, “ Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap, sampai nanti suatu saat tak ada cinta kudapat, kenapa ada derita bila bahagia tercipta, kenapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, kuterima kekalahanku.”
No comments:
Post a Comment