Setiap orang tidak sempurna,
mungkin sebab itulah
Tuhan jadikan orang itu
pelbagai ragam dan sikap
supaya masing-masing menyempurnakan
antara satu sama lain.
Belajarlah menerima
ketidaksempurnaan orang lain,
orang lain pasti akan menerima
ketidaksempurnaan kita.
Dalam pada masa yang sama,
berusahalah untuk menjadi lebih sempurna.
Walau mungkin kesempurnaan
itu sukar untuk dicapai,
sekurang-kurangnya kita akan menjadi lebih baik.
Jangan hanya menerima ketidaksempurnaan,
dan dengan rela terus leka dengan sikap lama,
kerana,
tiada siapa yang dapat mengubah diri kita,
melainkan kita sendiri.
''Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah diri mereka'' - 13:11
Perjalanan PhD
-
Tergerak hati untuk berkongsi pengalaman dalam menggapai PhD ni. Daripada
blog ini dibiarkan sepi semoga ia dapat memberi suntikan semangat untuk
sesiapa ...
4 years ago
No comments:
Post a Comment