Wednesday, March 12

Adeh x 100...

Saat kepeningan membuat simulation, aku teringatkan rumah. Am I homesick, again? Adeh..memang tak boleh lari dari homesick. Baru tiga bulan Seli oi. Lambat lagi nak abis intern kat sini. Mak aku cakap ''Dah tak lama lagi tu. Pejam celik pejam celik abisla...'' Tapi kenape aku rasa begitu lama. Mungkin sebab aku dah lama tak makan ulam pucuk ubi kayu dengan budu agaknya. Nasi kerabu yang kaler biru tu pun aku dah lama tak sentuh. Adeh x100...


Aku teringatkan pulak PC aku kat umah, PC yang begitu banyak berjasa membuang masa aku selama entah berapa ribu jam. PC yang selalu aku lebih gunakan untuk membuat benda yang bukan-bukan berbanding assignment dan homework. PC yang aku usung tiap-tiap kali bermula dan berakhirnya semester. PC yang selalu aku hentak-hentak di saat Windows nye hang. Menyesal pulak aku hentak. Sekarang nak sentuh pun tak bole. Adeh x 100...

Semalam, aku menelepon umah. Riuh rendah di rumah bagaikan memanggil aku untuk join sama memeriahkan keadaan. Suara kakak dan abang aku yang bergelak ketawa membuatkan aku begitu rindu. Aku rindu untuk bersama-sama mendengar lawak dan cerita-cerita abang aku yang sememangnya seorang penglipur lara. Aku rindu masakan mak dan k.long yang bagi aku paling sedap di dunia ini. Aku rindu untuk mengusik man dan anis. Lama lagikah aku intern kat sini? Lagu ''aku ingin pulang'' bergema di telinga aku. Adeh x 100...


Sudah tiga bulan di sini, musim bunga akan bermula tak lama lagi (officially 20 March). Minggu depan, entah macam manalah trip ke Paris nanti. Harapnya bestlah. Aku pun tak tahu. Akan menarikkah? Entahlah. Mak aku cakap duduk di sini pergilah ke serata tempat, dan enjoy, kerana bukan senang nak dapat peluang datang ke sini. Aku setuju saja cuma kadang-kadang aku terasa seperti betul-betul asing di bumi asing ini. Adeh x 100...

Teringatkan pula kawan-kawan di UTP. Dah lama aku tak ke Ipoh bersama Harith. Rindu pulak nak membonceng motornya. Kalau bukan ke Ipoh sekali pun, ingin sekali aku ke McD Gopeng bersama. Sebut pasal McD, aku terasa kempunan. Foldover? Big Mac? Adeh x 100... aku rindu amat makanan itu di samping masakan mak ngn k.long. Kenapekah? Kenape? Kenape di sini tiada McD yang halal. Dah lama juga aku tak bersenda gurau dengan Mudzil. Teringat juga akan rumet yang suke menempel di katil aku tu. Yelah katil aku memang kemas..sape tak suke. Hihihik. =D



Panjang pulak cerita hari ini. Bosankah aku..? Agak bosan jugalah. Tiap-tiap hari dengan rutin yang sama. Tapi memang begitulah kehidupan, tak boleh lari daripada rutin. So, for now, mahu tak mahu, I'll just enjoy my life. Life is short, there is no reason for me not to be happy in that short moment of life.

No comments: