Monday, February 25

Kesedihan dan kesunyian....

Semalam hari masih lagi begitu cerah dan bersinar. Betapa aku begitu bahagia bersamamu. Hari ini begitu gelap sekali. Aku mencari-cari apakah sebabnya kau meninggalkan aku. Aku begitu sedih dan pilu. Tidak pernahkah engkau menyedari betapa sayangnya aku padamu. Aku memang begitu tertekan sekali bila engkau rupa-rupanya tidak lagi setia padaku.

Tidakkah engkau terlintas di fikiran akan saat-saat yang kita kongsi bersama. Alangkah bahagianya. Aku memegangmu dengan lemah lembut, tidak pernah aku kasari akan engkau. Tapi kenapa? Kenapa ini yang terjadi. Aku memang masih tidak dapat menerima hakikat bahawa engkau akan pergi dari diriku. Janganlah kau buat begini padaku...oh.

Semakin lama, semakin tertekan aku bila memikirkan tentang saat-saat kita bersama. Engkau selalu menemaniku saat aku keluar berjalan-jalan. Engkau setia padaku. Di saat aku perlukan engkau, kau pasti berada bersamaku. Tapi kini..apa dah jadi? Di manakah kesetiaanmu? Sanggup engkau melukakan hatiku.



Apa-apa pun aku bersyukur kerana kita pernah bertemu dan hidup bersama-sama walaupun hanya untuk seketika. Akan aku ingat segala pengorbanan yang telah engkau lakukan, walaupun aku sangat sedih akan pemergianmu. Selamat tinggal.....




















































....kameraku.
Nota: kameraku telah sampai ke penghujung nyawa pada tarikh 23 Februari 2008 bersamaan 16 Safar 1429, bertempat di Berlin, Jerman. Betapa kamera pun memilih masa dan tempat untuk pergi....atau mungkin masa dan tempat itu telah dipilih untuknya. Samalah seperti manusia, kita hanya mampu merancang....


No comments: