Sudah lebih dua bulan menjejakkan kaki di bumi asing. Peluang untuk berada di sini sememangnya suatu anugerah yang tidak mungkin akan dapat dilupakan buat selama-lamanya. Mungkin sekali dalam seumur hidup peluang seperti ini datang. Terlalu sukar digambarkan apabila aku mendapat khabar bahawa aku akan menjejakkan kaki di sini untuk mengikuti latihan industri. Jasa semua orang (PETRONAS, Mr Affendy, dll) yang berusaha keras untuk mendapatkan tempat aku di sini pastinya tak akan aku lupakan buat selamanya-lamanya. Aku amat bersyukur tapi pada masa yang sama aku agak gementar kerana memikirkan bahawa ini adalah kali pertama aku akan keluar dari tanahair sendiri, tanah tumpah darah. Bagaimana agaknya..?
BASF Headquarters in Ludwigshafen
Pengalaman
Pengalaman berada di sini sememangnya begitu mencabar. Berada di kalangan minoriti sememangnya suatu keadaan yang begitu asing. Mata di sekeliling asyik memerhati dan meneliti, tapi mujurlah bukan dengan pandangan serong (mungkin). Orang-orang di sini boleh dikatakan agak peramah. Syukurlah aku bukan berada di Perancis. (Orang Perancis kurang friendlycket..first impression berdasarkan pengalaman). Teman-teman sepejabat di sini banyak membantu. Memang agak bertuah juga berada di sini. Suasana kerja yang begitu flexible, dan tidak mendatangkan stress setakat ini... Alhamdulillah.
Everyday scenery in BASF
Communication
Di dalam tempat kerja okay kerana ramai staff yang tahu berbahasa omputih. Masalahnya, bila di luar tempat kerja, kadang-kadang ada orang yang ditegur atau menegur hanya tahu menggunakan bahasa di sini, oh...tidak..kami sememangnya tidak faham. Maaflah, kami cuma tahu 'danke' (thank you), 'bitte' (welcome).... Menyentuh bab communication,English is not a prominent language here. In order to be able to survive, learning a few words of German would be quite good. Ada lah juga usaha kami untuk belajar cket2 mengenai makanan dan ucapan-ucapan ringkas untuk menegur orang di sini atau pun sekadar untuk membeli makanan. At leastxlah rasa macam rusa masuk kampung sangat. (walaupun kadang-kadang terasa seperti itu juge..). See how difficult English is for them (that is comparable to how difficult Deutsch is for us..hahah):
Gathering
The most interesting thing here is to meet the Malaysian students yang belajar di sini. Memang seronok bila buat gathering dengan mereka. Terasa bagaikan berada di negara sendiri. Sekarang aku lebih banyak menghabiskan masa melawat ke sana sini, so tidak ada banyak masa untuk dihabiskan bersama mereka. Aku sangat bersyukur kerana Allah menemukan kami di sini. At least, terasa seperti ada keluarga sendiri di sini. Of course, I'll miss them so much bila balik nanti. For the time being, harap-harap akan ada lebih banyak gathering and we can hang out together. Best2.
They are so cool =D
Memasak
Banyak juga perkara baru yang aku pelajari di sini (selain kerja yang sememangnya tiada kaitan langsung dengan apa yang aku pelajari). Memasak salah satunya. Sebelum ini aku tidak pernah terfikir untuk menyentuh periuk belanga dan kuali, namun kini, untuk merasai makanan 'sendiri', terpaksalah aku me'rajin'kan diri. Sekarang barulah sibuk menelepon mak dan kakak, tanya macam mana nak masak itu dan ini. Sebelum ni, asyik tengok saje..tunggu mak panggil makan (ada nada penyesalan di situ...huhu)...Berapa kali juga aku gagal untuk memasak makanan seringkas nasi sedangkan aku sudah boleh ('boleh la') memasak lauk dan sayur. Lucu bukan. Namun itulah hakikatnya. Lets face the fact okay. Sekarang, aku sudah 'agak' mahir memasak nasi, okay? =D.
Kerja
Kerja??Kerja sememangnya best, you can go to work as you please as long as you get the working hour of 37.5 hours/week. Isn't that beautiful..? Alangkah bestnya kalau working environment di Malaysia pun sebegitu. Tidak perlu rushing untuk ke tempat kerja, dan fikiran tidak perlu melayang-layang membilang berapa jam lagi office hour akan tamat. Aku akan begitu merindui environment seperti ini bila aku balik nanti...mungkin.
Simulation
Kerja aku di sini lebih kepada membuat simulation memandangkan aku berada di bawah Research and Development (RnD) department. Simulation memang agak complicated dan memerlukan masa yang sangat lama untuk siap. Setakat ini, masa yang paling lama yang diperlukan ialah 5 hari. Entah apalah yang di'calculate' oleh software itu...Dan yang paling penting, results nya sememangnya unpredictable. Normallah....macam kehidupan seharian, it is always complicated and unpredictable. Kalau x, there is no funla, kan?
Tram system: Most effective in-town transportation
Transportation
What I respect the most here is the transportation system. Sistem pengangkutan di sini amat efisyen. There is no wonder that they were really frustrated when the MAS flight was delayed for 24 hours + 4 hours during my first flight last year.Di sini, setiap hari kami menggunakan tram (it is quite similar to lrt system in Malaysia but it is operated on the ground, parallel to road network instead of on 'bridges'). Dan tram itu biasanya tidak pernah lewat walau seminit. Semuanya mengikut jadual yang telah ditetapkan. (kecuali bila ada strike macam hari ni - 22hb Feb..huhu..).
The same thing goes to train system. I wonder when we will have similar system in Malaysia. It covers all over the country and it is very efficient. No wonder here there are very few cars on the road. (mungkin juga sebab harga minyak terlalu mahal). FYI, Malaysia adalah antara negara yang paling murah harga minyaknya. Bukan minyak masak...minyak petrol. Kalau minyak masak, Malaysia x cukup bekalan. Huahaha. =p
ICE: Germany bullet train
Cabaran
Everything seem to be nice..huh? Everything seem to be nice doesn't mean that everything is nice. Cabaran di sini agak besar. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi jugalah untuk meneruskan hidup di sini. Sebagai Muslim, berada di sini memang agak sukar. Untuk menunaikan solat memang satu cabaran yang memerlukan kesabaran. Masjid memang ada, tetapi tersembunyi. Tidak seperti gereja-geraja yang bertaburan di merata-rata tempat. Pergi ke mana-mana sahaja, pasti gerejalah tempat pertama yang boleh dilihat dari jauh. Al-maklumlah gereja di sini sangat besar dan tinggi berbanding bangunan lain. Masjid? Surau? Ada, namun memerlukan ketabahan untuk mencari. Paling-paling tidak, kami terpaksa bersolat di taman-taman.
Masjid
Di sini tiada tempat khusus untuk mengambil wudu', melainkan di Masjid. Kadang-kadang sesetengah masjid pun tiada tempat khusus untuk mengambil wudu'. Masjid di sini biasanya rumah orang Turki yang diwakafkan untuk dijadikan masjid, bukanlah bangunan besar seperti di Malaysia. Selalunya kami mengambil wudu' dari singki saja. Namun ini bukanlah suatu cabaran yang besar sangat, cuma diri sendiri hendak buat atau tidak saja. Cuma kadang-kadang, aku terfikir alangkah indahnya berada di negara sendiri, banyak surau dan masjid, tempat ambil wudu' pun sangat proper. Tapi itu pun, masih ramai yang leka dengan tugasan untuk menunaikan solat. Betapa ruginya. Di sini, aku cuma mampu berdoa, harap-harap suatu hari nanti akan ada kemudahan untuk bersolat...insya Allah.
Germany
Rasanya agak panjang sudah aku menaip. Bosan sangatkah aku? Taklah bosan sangat, cuma aku terfikir juga untuk berkongsi pengalaman berada di sini. Germany is a very nice country. I wonder why those Hollywood film producers keep saying something bad about Germany in their films. Maybe they should come here and see how the German people really are.
Malaysia
Macam-macam mana pun, seindah mana pun negara orang, aku tetap merindui negara sendiri. Walaupun ada orang cakap Malaysia politiknya tidak bersih (sehinggakan ada perhimpunan 'Bersih' baru-baru ni..*no komen*), jenayahnya berleluasa, kadar kemalangannya tinggi, dan macam-macam lagi, aku tetap merindui negara sendiri. Bukan jenayah dan politiknya yang ingin aku temui di sana (kalau boleh x ingin jumpa langsung pun), tapi aku ingin sekali merasai suasana aman dan harmoni di rumah sendiri, di tanah air sendiri, bersama orang-orang yang aku sayangi. (famili dan kengkawan..dun get me wrong). Betapa hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri....lebih baik di negara sendiri.
Apa-apa pun aku sangat bersyukur kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki di sini. Pengalaman berada di sini akan aku abadikan sepanjang hayat, dan akan aku manfaatkan semaksimum mungkin..Insya ALLAH.
Perjalanan PhD
-
Tergerak hati untuk berkongsi pengalaman dalam menggapai PhD ni. Daripada
blog ini dibiarkan sepi semoga ia dapat memberi suntikan semangat untuk
sesiapa ...
Nasi Lemak Crispy!
-
Bismillahirahmanirrahim and a very good day fellow readers! Heboh
satu dunia perihal Nasi Lemak Rendang not crispy. Makanan menyatukan kita
satu rumpun. F...
Hari-Hari Terakhir Ramadhan
-
Dalam masa tak sampai beberapa hari penghujung Ramadhan Masa nak renung
kembali. Baik buruk tindakan selama setahun ni Apa tambah baiknya ? apa
yang makin ...
Sleep Regression?
-
Riana memang senang tidur. Most of the time baringkan dia, dia nyanyi /
bebel sendiri, and then she sleeps on her own. How angelic is that? She was
like th...
Ayah
-
Kali terakhir aku ambil gambar dengan ayah
1 Syawal 1434 Hijrah
Terima kasih ayah. Untuk semua.
Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang ya...
Hana Fatthia ...
-
I got married on 3 February 2011 and was blessed with a daughter on 8
December 2011 named Hana Fatthia... here are some photos of my little
angle.. =)
Bola Bola Bola
-
Selamat Hari Khamis...
Assalammuialaikum..
Pemula bicara.... :p gedik seh...
Malam ni malaysia vs singapura..
Dukacitanya takpat tgk :(
Sbb arinikan ad...
lyssande
-
assalamualaikum warahmatullah.
Saya sudah menulis di laman baru. Kucing Belang akan menjadi arkib lima
tahun kehidupan saya sebagai pelajar di bumi Manches...
fate...
-
I was listening to a song by Westlife, called The Dance, when I suddenly
thought of my pakcik. Part of the song's lyric goes like this:
*And now I'm glad I...
2010,wrap up.
-
January,2010.
Starts with a bit shaky,after effect of not being recommended by this one
big company.Struggling phase, but I struggled far from home,in up N...
Alam Pekerjaan
-
Seminggu sahaja lagi aku akan berangkat ke Bandaraya Kuala Lumpur untuk
sesi orientasi PETRONAS. Aku bukanlah tidak gembira hendak ke sana cuma
memikirkan ...
No comments:
Post a Comment