Thursday, February 28

29 Februari 2008

Tak sabar menunggu kehadiran 29hb Februari:


- 4 tahun sekali saja tarikh ini wujud: Tahun ni tahun lompat..
jadi jumlah harinya 366.

- Gaji?: Entah apakah lagi yang akan aku beli..huh~

- Dh nak masuk bulan 3: (besday ku bakal mendatang) silela wish..

- 10 hari lagi besday my beloved mak... =)

- Going to Salzburg n Basel..menarikkah??

- Tinggal 8 hari lagi mengundi..ayuh kita mengundi!

-


and..

- Something new coming up...insya Allah.

Tuesday, February 26

Be strong...

Kenapa kita hanya mengingati Tuhan bila kita ditimpa kesusahan,
sedangkan Tuhan bersama kita tak kira kita susah atau senang.


Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh tenang,
namun hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya.
Begitulah juga dengan kehidupan manusia, nampak tenang, dan gembira,
tapi hanya Allah yang tahu rahsia di sebaliknya.



Sejarah,
yang baik, jadikanlah pemangkin ke arah yang lebih baik,
yang buruk, jadikanlah sempadan yang tidak lagi perlu dilintasi.




Setiap saat yang berlalu,
Pasti ada perkaranya,
Setiap perkara yang berlaku,
Pasti ada hikmahnya.



I have feelings, and I also have control for my feelings...
I must be strong to take that control.
I must be strong. (x1000)

Monday, February 25

Kesedihan dan kesunyian....

Semalam hari masih lagi begitu cerah dan bersinar. Betapa aku begitu bahagia bersamamu. Hari ini begitu gelap sekali. Aku mencari-cari apakah sebabnya kau meninggalkan aku. Aku begitu sedih dan pilu. Tidak pernahkah engkau menyedari betapa sayangnya aku padamu. Aku memang begitu tertekan sekali bila engkau rupa-rupanya tidak lagi setia padaku.

Tidakkah engkau terlintas di fikiran akan saat-saat yang kita kongsi bersama. Alangkah bahagianya. Aku memegangmu dengan lemah lembut, tidak pernah aku kasari akan engkau. Tapi kenapa? Kenapa ini yang terjadi. Aku memang masih tidak dapat menerima hakikat bahawa engkau akan pergi dari diriku. Janganlah kau buat begini padaku...oh.

Semakin lama, semakin tertekan aku bila memikirkan tentang saat-saat kita bersama. Engkau selalu menemaniku saat aku keluar berjalan-jalan. Engkau setia padaku. Di saat aku perlukan engkau, kau pasti berada bersamaku. Tapi kini..apa dah jadi? Di manakah kesetiaanmu? Sanggup engkau melukakan hatiku.



Apa-apa pun aku bersyukur kerana kita pernah bertemu dan hidup bersama-sama walaupun hanya untuk seketika. Akan aku ingat segala pengorbanan yang telah engkau lakukan, walaupun aku sangat sedih akan pemergianmu. Selamat tinggal.....




















































....kameraku.
Nota: kameraku telah sampai ke penghujung nyawa pada tarikh 23 Februari 2008 bersamaan 16 Safar 1429, bertempat di Berlin, Jerman. Betapa kamera pun memilih masa dan tempat untuk pergi....atau mungkin masa dan tempat itu telah dipilih untuknya. Samalah seperti manusia, kita hanya mampu merancang....


Friday, February 22

Hanya Tuhan Yang Tahu

Baik buruk manusia itu letaknya pada segumpal daging,
daging yang letaknya di dada manusia,
dan ia diberi nama hati...

Dalam hati ini, hanya Tuhan yang tahu apa yang tersirat,
baik buruknya, Tuhan yang menilai...
siapalah kita untuk menilai apatah lagi menghukum
seseorang hanya dengan pandangan manusia.



Hanya Tuhan Yang Tahu
by UNIC


Ku pendamkan perasaan ini

Ku rahsiakan rasa hati ini

Melindungkan kasih yang berputik

Tersembunyi di dasar hati



Ku pohonkan petunjuk Ilahi

Hadirkanlah insan yang sejati

Menemani kesepian ini

Mendamaikan sekeping hati



Oh Tuhanku

Berikanlah ketenangan abadi

Untukku menghadapi

Resahnya hati ini mendambakan kasih

Insan yang ku sayang



C/o:

Di hati ini

Hanya Tuhan yang tahu

Di hati ini

Aku rindu padamu

Tulus sanubari

Menantikan hadirmu

Hanyalah kau gadis pilihanku



Kerana batasan adat dan syariat

Menguji kekuatan keteguhan iman

insan yang berkasih



Lagu : Manis Helma

Lirik : Manis Alia & Atie

Thursday, February 21

Hujan Emas di Negara Orang....

Dua bulan
Sudah lebih dua bulan menjejakkan kaki di bumi asing. Peluang untuk berada di sini sememangnya suatu anugerah yang tidak mungkin akan dapat dilupakan buat selama-lamanya. Mungkin sekali dalam seumur hidup peluang seperti ini datang. Terlalu sukar digambarkan apabila aku mendapat khabar bahawa aku akan menjejakkan kaki di sini untuk mengikuti latihan industri. Jasa semua orang (PETRONAS, Mr Affendy, dll) yang berusaha keras untuk mendapatkan tempat aku di sini pastinya tak akan aku lupakan buat selamanya-lamanya. Aku amat bersyukur tapi pada masa yang sama aku agak gementar kerana memikirkan bahawa ini adalah kali pertama aku akan keluar dari tanahair sendiri, tanah tumpah darah. Bagaimana agaknya..?


BASF Headquarters in Ludwigshafen

Pengalaman
Pengalaman berada di sini sememangnya begitu mencabar. Berada di kalangan minoriti sememangnya suatu keadaan yang begitu asing. Mata di sekeliling asyik memerhati dan meneliti, tapi mujurlah bukan dengan pandangan serong (mungkin). Orang-orang di sini boleh dikatakan agak peramah. Syukurlah aku bukan berada di Perancis. (Orang Perancis kurang friendly cket..first impression berdasarkan pengalaman). Teman-teman sepejabat di sini banyak membantu. Memang agak bertuah juga berada di sini. Suasana kerja yang begitu flexible, dan tidak mendatangkan stress setakat ini... Alhamdulillah.


Everyday scenery in BASF


Communication

Di dalam tempat kerja okay kerana ramai staff yang tahu berbahasa omputih. Masalahnya, bila di luar tempat kerja, kadang-kadang ada orang yang ditegur atau menegur hanya tahu menggunakan bahasa di sini, oh...tidak..kami sememangnya tidak faham. Maaflah, kami cuma tahu 'danke' (thank you), 'bitte' (welcome).... Menyentuh bab communication, English is not a prominent language here. In order to be able to survive, learning a few words of German would be quite good. Ada lah juga usaha kami untuk belajar cket2 mengenai makanan dan ucapan-ucapan ringkas untuk menegur orang di sini atau pun sekadar untuk membeli makanan. At least xlah rasa macam rusa masuk kampung sangat. (walaupun kadang-kadang terasa seperti itu juge..). See how difficult English is for them (that is comparable to how difficult Deutsch is for us..hahah):





Gathering

The most interesting thing here is to meet the Malaysian students yang belajar di sini. Memang seronok bila buat gathering dengan mereka. Terasa bagaikan berada di negara sendiri. Sekarang aku lebih banyak menghabiskan masa melawat ke sana sini, so tidak ada banyak masa untuk dihabiskan bersama mereka. Aku sangat bersyukur kerana Allah menemukan kami di sini. At least, terasa seperti ada keluarga sendiri di sini. Of course, I'll miss them so much bila balik nanti. For the time being, harap-harap akan ada lebih banyak gathering and we can hang out together. Best2.


They are so cool =D

Memasak

Banyak juga perkara baru yang aku pelajari di sini (selain kerja yang sememangnya tiada kaitan langsung dengan apa yang aku pelajari). Memasak salah satunya. Sebelum ini aku tidak pernah terfikir untuk menyentuh periuk belanga dan kuali, namun kini, untuk merasai makanan 'sendiri', terpaksalah aku me'rajin'kan diri. Sekarang barulah sibuk menelepon mak dan kakak, tanya macam mana nak masak itu dan ini. Sebelum ni, asyik tengok saje..tunggu mak panggil makan (ada nada penyesalan di situ...huhu)...Berapa kali juga aku gagal untuk memasak makanan seringkas nasi sedangkan aku sudah boleh ('boleh la') memasak lauk dan sayur. Lucu bukan. Namun itulah hakikatnya. Lets face the fact okay. Sekarang, aku sudah 'agak' mahir memasak nasi, okay? =D.


Kerja

Kerja??Kerja sememangnya best, you can go to work as you please as long as you get the working hour of 37.5 hours/week. Isn't that beautiful..? Alangkah bestnya kalau working environment di Malaysia pun sebegitu. Tidak perlu rushing untuk ke tempat kerja, dan fikiran tidak perlu melayang-layang membilang berapa jam lagi office hour akan tamat. Aku akan begitu merindui environment seperti ini bila aku balik nanti...mungkin.


Simulation
Kerja aku di sini lebih kepada membuat simulation memandangkan aku berada di bawah Research and Development (RnD) department. Simulation memang agak complicated dan memerlukan masa yang sangat lama untuk siap. Setakat ini, masa yang paling lama yang diperlukan ialah 5 hari. Entah apalah yang di'calculate' oleh software itu...Dan yang paling penting, results nya sememangnya unpredictable. Normallah....macam kehidupan seharian, it is always complicated and unpredictable. Kalau x, there is no fun la, kan?




Tram system: Most effective in-town transportation



Transportation
What I respect the most here is the transportation system. Sistem pengangkutan di sini amat efisyen. There is no wonder that they were really frustrated when the MAS flight was delayed for 24 hours + 4 hours during my first flight last year. Di sini, setiap hari kami menggunakan tram (it is quite similar to lrt system in Malaysia but it is operated on the ground, parallel to road network instead of on 'bridges'). Dan tram itu biasanya tidak pernah lewat walau seminit. Semuanya mengikut jadual yang telah ditetapkan. (kecuali bila ada strike macam hari ni - 22hb Feb..huhu..).
The same thing goes to train system. I wonder when we will have similar system in Malaysia. It covers all over the country and it is very efficient. No wonder here there are very few cars on the road. (mungkin juga sebab harga minyak terlalu mahal). FYI, Malaysia adalah antara negara yang paling murah harga minyaknya. Bukan minyak masak...minyak petrol. Kalau minyak masak, Malaysia x cukup bekalan. Huahaha. =p



ICE: Germany bullet train



Cabaran

Everything seem to be nice..huh? Everything seem to be nice doesn't mean that everything is nice. Cabaran di sini agak besar. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi jugalah untuk meneruskan hidup di sini. Sebagai Muslim, berada di sini memang agak sukar. Untuk menunaikan solat memang satu cabaran yang memerlukan kesabaran. Masjid memang ada, tetapi tersembunyi. Tidak seperti gereja-geraja yang bertaburan di merata-rata tempat. Pergi ke mana-mana sahaja, pasti gerejalah tempat pertama yang boleh dilihat dari jauh. Al-maklumlah gereja di sini sangat besar dan tinggi berbanding bangunan lain. Masjid? Surau? Ada, namun memerlukan ketabahan untuk mencari. Paling-paling tidak, kami terpaksa bersolat di taman-taman.


Masjid

Di sini tiada tempat khusus untuk mengambil wudu', melainkan di Masjid. Kadang-kadang sesetengah masjid pun tiada tempat khusus untuk mengambil wudu'. Masjid di sini biasanya rumah orang Turki yang diwakafkan untuk dijadikan masjid, bukanlah bangunan besar seperti di Malaysia. Selalunya kami mengambil wudu' dari singki saja. Namun ini bukanlah suatu cabaran yang besar sangat, cuma diri sendiri hendak buat atau tidak saja. Cuma kadang-kadang, aku terfikir alangkah indahnya berada di negara sendiri, banyak surau dan masjid, tempat ambil wudu' pun sangat proper. Tapi itu pun, masih ramai yang leka dengan tugasan untuk menunaikan solat. Betapa ruginya. Di sini, aku cuma mampu berdoa, harap-harap suatu hari nanti akan ada kemudahan untuk bersolat...insya Allah.


Germany
Rasanya agak panjang sudah aku menaip. Bosan sangatkah aku? Taklah bosan sangat, cuma aku terfikir juga untuk berkongsi pengalaman berada di sini. Germany is a very nice country. I wonder why those Hollywood film producers keep saying something bad about Germany in their films. Maybe they should come here and see how the German people really are.



Malaysia

Macam-macam mana pun, seindah mana pun negara orang, aku tetap merindui negara sendiri. Walaupun ada orang cakap Malaysia politiknya tidak bersih (sehinggakan ada perhimpunan 'Bersih' baru-baru ni..*no komen*), jenayahnya berleluasa, kadar kemalangannya tinggi, dan macam-macam lagi, aku tetap merindui negara sendiri. Bukan jenayah dan politiknya yang ingin aku temui di sana (kalau boleh x ingin jumpa langsung pun), tapi aku ingin sekali merasai suasana aman dan harmoni di rumah sendiri, di tanah air sendiri, bersama orang-orang yang aku sayangi. (famili dan kengkawan..dun get me wrong). Betapa hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri....lebih baik di negara sendiri.



Apa-apa pun aku sangat bersyukur kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki di sini. Pengalaman berada di sini akan aku abadikan sepanjang hayat, dan akan aku manfaatkan semaksimum mungkin..Insya ALLAH.

Tuesday, February 19

Anak Halal


Semalam aku menonton filem 'Anak halal' keluaran Tayangan Unggul. Pengarahnya Osman Ali. Aku pernah menonton filem 'Puaka Tebing Biru' arahannya. Okaylah..aku rasa filem ini lagi bagus daripada Jangan Pandang Belakang.

Aku tonton 'Anak Halal' ni separuh jalan saje..Pening aku dibuatnya. Jalan cerita yang agak okay tapi ditambah dengan adegan-adegan yang tidak sepatutnya. Malas aku nak cerita satu-satu. Oleh itu bacalah sinopsisnya yang dipetik dari SinemaMalaysia





Sinopsis
Hisham, seorang penjenayah dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam, seorang perempuan gila. Penjenayah tersebut telah ditangkap dan dipenjarakan. Mariam yang gila dan hidup di jalanan membesarkan bayi tersebut Inderaputera (Putera) dalam serba kedaifan. Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna (Jo) seorang gadis ‘tomboy’ yang dalam diam menyukai Putera. Namun, kebahagiaan Putera bersama ibunya berakhir apabila mereka dipisahkan oleh pihak berkuasa.Putera kemudiannya dibesarkan oleh Bu Leha yang membawa Putera dan Jo berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan hidup mereka akan menjadi lebih baik. Putera dan Jo membesar sebagai remaja jalanan. Putera bekerja di bengkel kereta. Manakala, Jo dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit demi sesuap nasi. Manakala, Erzan dan Amira Atikah pula adalah antara sahabat rapat Putera dan Jo. Mereka telah terjebak dengan penggunaan najis dadah akibat tekanan dan desakan hidup. Amira Atikah yang ketagihan dadah telah melarikan diri dari rumah. Selain mengedar dan menagih dadah, Erzan yang terpaksa menanggung beban hutang tinggalan ayahnya telah menjadi buruan kuncu-kuncu Hisham. Putera begitu sedih dan marah. Putera naik berang pada Hisham dan kuncu-kuncu yang telah menjadi punca kepincangan hidup orang-orang yang disayanginya.Berjayakah Putera membalas dendam terhadap Hisham dan kuncu-kuncunya ? Bertemukah Putera dengan Mariam, wanita yang telah membesarkannya ? Nantikan kemunculan ‘Anak Halal’ sebuah filem realiti kepincangan masyarakat yang akan menemui anda di pawagam pada 13hb Disember 2007.
Jawapannya, ya. Putera berjaya membalas dendam dan berjaya untuk bertemu dengan 'bonda'nya. Macam mana aku tahu ya sedangkan aku tidak menontonnya sampai habis. Aku fast forward je la. Nasib baik aku bukan menonton di panggung. Kalau tidak menyesal x keruanlah aku..haha.
Kenapa aku ingin sekali menonton filem Melayu setelah lama tidak berbuat demikian? Kerana, filem ini mendapat tempat pertama dalam carta filem pilihan Sinema Malaysia. Yang peliknya, laman web ini bukanlah laman web picisan, tapi laman web Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Ingin jugak aku tengok di mana kehebatan filem ini sehinggakan mendapat tempat pertama. Cerita 'Buli' yang aku kagumi pun mendapat tempat ke-9. Ish3..
Bagi aku, dalam filem 'Anak Halal' ni ada banyak adegan yang tidak logik dan tidak senonoh. Memang dah menjadi kebiasaan agaknya dalam filem-filem Melayu hari ini. Aku tergelak besar apabila ada adegan polis datang dengan tiba-tiba apabila bonda Putera, Mariam sedang bergaduh dengan Que Haidar (mat pau jalanan). Tanpa apa-apa alasan dia ditangkap. Tidak ada sepatah pun soalan. Tau2 aje ditarik masuk ke dalam kereta. Cekap sungguh polis Malaysia dalam filem ni. Kat luar, harap2 bukanlah macam ni yer.
Adegan peluk-memeluk cium mencium memang sudah tidak boleh dipertikaikan banyaknya. Kalah filem omputih kegemaran aku, 'Titanic'. Apa nak jadi dengan cerita Melayu sekarang??Terlalu terikut-ikut sangatkah dengan budaya asing? Susah sangatkah hendak mengetengahkan budaya sendiri. P. Ramlee dulu buat filem berkisar tentang budaya dan legenda Melayu saja, tapi filem-filemnya jauh lebih menghiburkan berbanding filem sekarang.
Mungkin sudah lapuk agaknya budaya sendiri. Aku sendiri terkejut, setelah lama tidak menonton filem Melayu, begitu cepat sekali perubahan yang diketengahkan. Nak memperlihatkan keadaan sebenar di Malaysia?Kalau itulah tujuannya, tak perlulah tunjuk dalam filem, hari-hari pun aku dah boleh tengok.
Sadis dan ngeri ke adegan Raja Farah tikam si penyangak tu berkali-kali? Bagi aku tidak langsung. Tunjuk la orang yang kena tikam tu. Ni tidak, macam tikam bantal je. Alih2 ada darah memancut-mancut. Tapi kalau tunjuk orangnye, x dapat masuk panggung la pulak kan, dah kena tapis oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia. Masalah jugak. huh..~
Apa-apa pun, ingin sekali aku melihat perubahan filem Melayu di masa akan datang. Oh ya, aku ingin sekali menonton filem 'Hati Malaya'. Abangku menguar-uarkan bahawa filem itu best. X pelah nanti ada peluang aku tengok yer. Sekarang, mood aku untuk cerita Melayu sudah kembali pudar.


Monday, February 18

Bosan

Simulation yang aku start from last week kuar ngn results yang ntah pape nye, itu pun setelah hampir 5 hari aku menunggu. Aku terpaksa start balik dengan parameters yang baru. Aku pun sudah pening. Sudah tiga cawan (mug 'Widder') aku meminum air CHO-QuicK yang 'paling sama macam itu MILO.' Tapi otak aku makin pening. Bosan pun ada.



Tapi itulah keje. Getus hati kecik ku yang semakin membunga bosannya. Aku tengok orang lain best je masuk lab. Tapi aku mungkin takkan dapat masuk lab kat sini sebab keje aku xde kena mengena ngn lab. Tapi xpe la, ada orang cakap lab lagi bosan. Aku at least kalau bosan pun ada juga internet peneman hidup kat opis ni. Hehe... =D



Rite now, I miss my family so much walaupon baru je aku call last week. This week mau call lagi. Hehe. Seronok dengar suara mak, x jemu walaupun kadang-kadang cakap benda yang sama je berulang kali. I guess that is the power of a mother.

Okela..nak sambung keje. Jane..~

Thursday, February 14

Enrique Iglesias..oh!

Minggu lepas aku men'donlod' full album Enrique Iglesias di saat-saat aku tgh kebosanan. Aku pun x tahu kenaper aku berbuat begitu. *kompius*..lalu aku pun dengarlah albumnya yang diberi nama 'Insomniac' tu. Dah donlod takkan x dgr plak. Ish2..Tak sangka plak best. Heheh. Biasanya aku x suka male artist. Tapi Enrique Iglesias is just different. Different in the way that I like. Lagu-lagunya memang best..cayalah =D








Lagu-lagu yang aku suka dan dengar berulang kali sekarang : 'Ring my bells', 'Push', 'Tired of being sorry', 'Miss you', 'Wish I was Your Lover'. 'Do you know' pun ok gak tapi aku lagi suka 'Tired of being sorry' more than that. Banyak juga lagu yang membawa maksud ntah pape tapi nak buat macam mana dah trend lagu skang. The thing is, I dun care, asalkan hati bahagia.


My recent all time favourite artist/songs:


  • Siti Nurhaliza
  • Britney Spears (sayangnya dh gile..huhu)
  • Ziana Zain
  • Pussycat Dolls (sayangnya dh pecah belah..sob3x)
  • Enrique Iglesias
  • Kylie Minogue
  • Hilary Duff
  • Nasyeed (Raihan, In team)
  • KJapan OST (selcted dramas)
  • Hindi's songs (from selected movies)
  • Instrumental (Kitaro, Maksim, some from Vanessa Mae)

Ini saja untuk ditaip ari ni. Penat dan bosan menunggu simulation yang sudah 4 hari berlari (running). Banyak lagi benda untuk dipelajari tapi hari ni otak aku sudah penat...huh~.

Screenshot Lagi..Lagi2 Screenshot


Aku memang suka meng'adjust' appearance desktop aku. Tangan aku ni memang x pernah duk diam dari menukar apa2 saja yang ada kat desktop aku. Kejap2 aku tukar kertas dinding (wallpaper), kejap2 aku tukar theme ngn visual style. Kadang2 aku tukar gadget. Memang best la Vista ni..walaupon agak berat cket daripada XP.

So far, this is my desktop screenshots yang aku amik sejak berada di rantauan. Nah2..tgk2. (Gila bukan..baru 2 bulan dah bermacam2 pesen aku buat), Tapi mostly tukar wallpaper je..hihihik.
Kete formula one..canggih2x.
Padang rumput...kombinasi hijau dan biru (boleh ke)..huh ~
Vista Ultimate style...(walaupun Vistaku bknlah vista ultimate)
Tema bunga..kadang2 boleh diterima la.. tapi bukan selalu yer
Tema tengah tensen...(cermin keta pecah umpama otak yang kucar kacir..huhu)
Spiderman 3...memang x suke filem ni tapi wallpaper lawa..guna je la.
Ada banyak lagi, tapi seganlah aku nak post semua. Ada screenshot yang terpampang gambar sendiri (time2 syok sendiri..letaklah gamba sendiri yer), ade juga yang terpampang gambar yang tidak sesuai untuk tatapan umum..so ini sajalah yang boleh ku beri tengok. Hihihi..jane.~

Wednesday, February 13

The Blog Readability Test

Aku menerima link dari sebuah blog hari ini. The link is about what level of education is required to understand your blog? I'm quite surprised with the results. Jeng3x..ni dia.





It is a COLLEGE (POSTGRAD) level?? Memang dasar penipu..*sigh*. I think that even high school or primary school level students can understand my blog. And I do think that the blog must be fully in English to make it more accurate for the test. -_-''. What they care about 'Malayish'? All that they care is their language.

Those who wanna try it (if you do have a blog), here is the link
Blog Readability Test.