Friday, May 15

Tanggungjawab

Tertarik dengan entri Jazlin tentang tanggungjawab. Mungkin ramai yang tahu maksud tanggungjawab tetapi belum sedar akan kepentingan dan bagaimana ingin melaksanakannya dalam kehidupan seharian. Bagi aku, tak kira tanggungjawab itu besar atau kecil, semuanya sama. Masing-masing punya peranan tersendiri. Mungkin bagi kamu suatu tanggungjawab itu kecil, tapi bagi aku tanggungjawab yang sama itu besar maknanya.

Tanggungjawab bila menggunakan barang orang lain, yang aku rasakan makin dilupakan dari semasa ke semasa:

1. Kalau nak guna barang orang lain, pinjam dengan elok jangan main ambik saja. Mungkin tuan punya barang itu memerlukan barang itu pada masa yang sama ia di"kebas". Yep, I used term "kebas" sebab itu memang hakikatnya.

2. Dah pandai pinjam, pandailah pulangkan balik. Jangan biar tuan punya barang yang terhegeh-hegeh mintak balik.

3. Dah pulangkan, at least say thank you/terima kasih. Tak hilang gigi walau sebatang kalau perkataan itu diucapkan walau beratus kali.


This is not in any way related to Jazlin experience, it is from my own experience staying in hostel starting from Form 4. Ingatkan bila dah masuk Universiti, mentaliti orang yang berpelajaran tinggi tentang tanggungjawab lebih mantap, tapi ternyata tidak...it happens all the time over and over.

Ini baru tanggungjawab tentang menggunakan barang orang lain, belum lagi menyentuh tentang benda lain yang lebih besar. Mungkin bagi kamu hal ini kecil, tapi bagi aku...it can change how I think about you, overall. (I'm no judge, but I can evaluate people according to my experiences with them).

Malas dh nak fikir pasal hal ni.
Buat serabut saja.
Adios.

7 comments:

h a r i t h said...

haha..rumetku tgh furious..ntah mamat mana la mencuri selipar terbarunya skejap..nk buruk kaki gamaknya..haha

Mohd Hafizd said...

wah2...dpat rasa blog nih jadi hot kejup...huhu..

manusia nih macam2 peel nye..

sms_topaz said...

selipar kamu kene curi masa kat masjid or kat bilik?

moroka said...

harith, suspek masih lagi belum dikenalpasti. kalau la tau sapo, nak je tembak ngn pea shooter mcm dlm plants vs. zombies. :P

pitya, blog x hot, tuan punya blog yg hot. mwahaha. ops. hot = marah bkn hot = hot. ;p

fiqa, kat bilik, kalau kat masjid x kisah sgt sbb maybe ada org tersalah amik ke.

Unknown said...

sabar je lah kan. memang ada orang macam tu. not responsible at all. tapi nak buat macam mana, bersangka baik je la. maybe dia tengah urgent nak pergi somewhere tapi selipar dia hilang jugak so terpaksa ambik selipar ko. haha. dalam keadaan macam ni memang susah nak bersangka baik kan tapi what to do. huhu. lain-lain orang lain-lain perangai.

moroka said...

itulah alin, banyak org banyak ragam. pening gak kadang2.

Faqir ila Rabb said...

salam..betul2 sy stuju ngan per yg sedara katakn..tnggungjwab seng disebut tpi rmai yg susah nk pikul..kdang2 buat endah x endah jer..padahal 2 tnggungjwab die..lebih2 lgi tnggungjwab yg Allah bgi kt die suruh die pikul..kadang2 2 ade gk mnusia yg lari dri tnggungjwab dan biarkn org len pikul tnggungjwab die..huhuhu..nsib la, ni mmg org yg btul2 x brtnggungjwb n x brni pikul amanah..

per2 pn..thniah utk artikl camni...bleh gk saling mngingati...
terima kasih atas pringatan..