Dua hari lagi, akan balik rumah - menikmati semula ketenangan yang tak mungkin aku dapat di mana-mana. Bersama keluarga sendiri yang memang amat memahami diri aku, aku rasa itu ialah kebahagiaan yang tak tertanding nilainya. Bukannya aku tak menghargai kawan-kawan, tapi siapa yang lebih memahami diri ini jika tidak darah daging sendiri - orang yang mempunyai pertalian darah dan genetik. Aku sedar aku bukanlah insan yang sangat mantap dalam bersosial, nak dapat kawan pun susah. Bila dah dapat kawan, nak menjaga hubungan dengan mereka lagi susah. Ada sahaja perkara yang menimbulkan ketidaksefahaman.
Berbalik kepada topik, ini ialah entri terakhir aku untuk semester ini. Banyak juga persepsi aku tentang blogging yang telah berubah semenjak akhir-akhir ini. Sekarang aku rasa blogging sudah tiada serinya - menimbulkan konflik dan menggugat emosi adalah. The first time I set this blog up, my real intention was for fun, berkongsi kegembiraan atau mungkin apa-apa sahaja yang difikirkan perlu. I have never been really serious about things in here. Doing the tags, being emotional sometimes, sharing some of my personal photos, etc - all of them are for fun, or to express my feelings that I don't have courage to say in words.
I do comment on other people's blog, and sometimes it just came out spontaneously without thinking. It depends on what I usually said to the people in real life if I know them well. If I don't know them, I'll just make some simple and common sentence and not to take it too personal. But I do make mistake in my comment - mungkin ada yang akan tersinggung.
Bukan sekali dua juga aku mendapat komen yang menyinggung perasaan sebelum ini (ada yang sampai mengganggap entri aku sebagai sampah, etc), dan itu tidak pernah memutuskan semangat aku untuk terus berblog. Bila di dada-dada akhbar ada berita yang menyatakan blogger ditangkap kerana menyebarkan fitnah, aku selalu teringatkan blog aku. Ada fitnahkah di dalam isi kandungannya? Aku harap tidak. Mungkin jika blog aku sudah sampai ke tahap fitnah memfitnah, serinya sudah hilang entah ke mana.
Sekarang, mungkin sudah sampai masanya untuk aku berhenti seketika daripada blogspot.com. I'll leave this blog as it is (in case I want to come back later which I really doubt it), and I'll continue reading some of my friend's blog, tapi aku mungkin tidak lagi aktif untuk mengemaskini blog atau memberikan komen selepas ini. Maaf - for now, I want to say a lot, but I prefer to keep quiet. Mungkin betul juga pesanan "Diam itu lebih baik daripada berkata-kata yang tidak perlu"
Sampai jumpa lagi di lain masa. Selamat bercuti buat kawan-kawan.