Tuesday, February 19

Anak Halal


Semalam aku menonton filem 'Anak halal' keluaran Tayangan Unggul. Pengarahnya Osman Ali. Aku pernah menonton filem 'Puaka Tebing Biru' arahannya. Okaylah..aku rasa filem ini lagi bagus daripada Jangan Pandang Belakang.

Aku tonton 'Anak Halal' ni separuh jalan saje..Pening aku dibuatnya. Jalan cerita yang agak okay tapi ditambah dengan adegan-adegan yang tidak sepatutnya. Malas aku nak cerita satu-satu. Oleh itu bacalah sinopsisnya yang dipetik dari SinemaMalaysia





Sinopsis
Hisham, seorang penjenayah dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam, seorang perempuan gila. Penjenayah tersebut telah ditangkap dan dipenjarakan. Mariam yang gila dan hidup di jalanan membesarkan bayi tersebut Inderaputera (Putera) dalam serba kedaifan. Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna (Jo) seorang gadis ‘tomboy’ yang dalam diam menyukai Putera. Namun, kebahagiaan Putera bersama ibunya berakhir apabila mereka dipisahkan oleh pihak berkuasa.Putera kemudiannya dibesarkan oleh Bu Leha yang membawa Putera dan Jo berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan hidup mereka akan menjadi lebih baik. Putera dan Jo membesar sebagai remaja jalanan. Putera bekerja di bengkel kereta. Manakala, Jo dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit demi sesuap nasi. Manakala, Erzan dan Amira Atikah pula adalah antara sahabat rapat Putera dan Jo. Mereka telah terjebak dengan penggunaan najis dadah akibat tekanan dan desakan hidup. Amira Atikah yang ketagihan dadah telah melarikan diri dari rumah. Selain mengedar dan menagih dadah, Erzan yang terpaksa menanggung beban hutang tinggalan ayahnya telah menjadi buruan kuncu-kuncu Hisham. Putera begitu sedih dan marah. Putera naik berang pada Hisham dan kuncu-kuncu yang telah menjadi punca kepincangan hidup orang-orang yang disayanginya.Berjayakah Putera membalas dendam terhadap Hisham dan kuncu-kuncunya ? Bertemukah Putera dengan Mariam, wanita yang telah membesarkannya ? Nantikan kemunculan ‘Anak Halal’ sebuah filem realiti kepincangan masyarakat yang akan menemui anda di pawagam pada 13hb Disember 2007.
Jawapannya, ya. Putera berjaya membalas dendam dan berjaya untuk bertemu dengan 'bonda'nya. Macam mana aku tahu ya sedangkan aku tidak menontonnya sampai habis. Aku fast forward je la. Nasib baik aku bukan menonton di panggung. Kalau tidak menyesal x keruanlah aku..haha.
Kenapa aku ingin sekali menonton filem Melayu setelah lama tidak berbuat demikian? Kerana, filem ini mendapat tempat pertama dalam carta filem pilihan Sinema Malaysia. Yang peliknya, laman web ini bukanlah laman web picisan, tapi laman web Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Ingin jugak aku tengok di mana kehebatan filem ini sehinggakan mendapat tempat pertama. Cerita 'Buli' yang aku kagumi pun mendapat tempat ke-9. Ish3..
Bagi aku, dalam filem 'Anak Halal' ni ada banyak adegan yang tidak logik dan tidak senonoh. Memang dah menjadi kebiasaan agaknya dalam filem-filem Melayu hari ini. Aku tergelak besar apabila ada adegan polis datang dengan tiba-tiba apabila bonda Putera, Mariam sedang bergaduh dengan Que Haidar (mat pau jalanan). Tanpa apa-apa alasan dia ditangkap. Tidak ada sepatah pun soalan. Tau2 aje ditarik masuk ke dalam kereta. Cekap sungguh polis Malaysia dalam filem ni. Kat luar, harap2 bukanlah macam ni yer.
Adegan peluk-memeluk cium mencium memang sudah tidak boleh dipertikaikan banyaknya. Kalah filem omputih kegemaran aku, 'Titanic'. Apa nak jadi dengan cerita Melayu sekarang??Terlalu terikut-ikut sangatkah dengan budaya asing? Susah sangatkah hendak mengetengahkan budaya sendiri. P. Ramlee dulu buat filem berkisar tentang budaya dan legenda Melayu saja, tapi filem-filemnya jauh lebih menghiburkan berbanding filem sekarang.
Mungkin sudah lapuk agaknya budaya sendiri. Aku sendiri terkejut, setelah lama tidak menonton filem Melayu, begitu cepat sekali perubahan yang diketengahkan. Nak memperlihatkan keadaan sebenar di Malaysia?Kalau itulah tujuannya, tak perlulah tunjuk dalam filem, hari-hari pun aku dah boleh tengok.
Sadis dan ngeri ke adegan Raja Farah tikam si penyangak tu berkali-kali? Bagi aku tidak langsung. Tunjuk la orang yang kena tikam tu. Ni tidak, macam tikam bantal je. Alih2 ada darah memancut-mancut. Tapi kalau tunjuk orangnye, x dapat masuk panggung la pulak kan, dah kena tapis oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia. Masalah jugak. huh..~
Apa-apa pun, ingin sekali aku melihat perubahan filem Melayu di masa akan datang. Oh ya, aku ingin sekali menonton filem 'Hati Malaya'. Abangku menguar-uarkan bahawa filem itu best. X pelah nanti ada peluang aku tengok yer. Sekarang, mood aku untuk cerita Melayu sudah kembali pudar.


No comments: