Showing posts with label ROHANIAH. Show all posts
Showing posts with label ROHANIAH. Show all posts

Friday, April 4

Alunan syahdu - Syeikh Masyari Rashid Al-Afaasi

Bacaan al-Quranul Karim oleh Syeikh Masyari Rashid Al-Afaasi memang begitu syahdu. Aku jatuh cinta dengan bacaan beliau sejak pertama kali aku mendengar alunan mengasyikkan beliau pada tahun 2005 di UTP. Semalam, aku menemui link untuk mendapatkan bacaan beliau semasa dalam solat di Masjid Madinah.
Hati aku memang tidak tenang sejak kebelakangan ini, mendengarkan alunan bacaan ayat suci al-Quran membuatkan hati gelisah menjadi aman, dan memberikan ketenangan. Betapa, bacaan al-Quran itu, walau tanpa iringan alat muzik dan seumpamanya, boleh menghasilkan alunan yang jauh lebih hebat dan menenangkan. Subhanallah. Dengarkanlah...

Download video format di sini
Download mp3 format di sini

Kepada teman-teman yang inginkan koleksi mp3 Syeikh Masyari Rashid al-Afaasi (bacaan semua surah), you can get it from me.

Update:
I will not host copyrighted work, so I will not send anything through emails, direct download link, etc. No more requests. Teman-teman yang dimaksudkan di sini hanyalah yang mengenali diri ini sahaja. Harap maklum. Tq.

Tuesday, February 26

Be strong...

Kenapa kita hanya mengingati Tuhan bila kita ditimpa kesusahan,
sedangkan Tuhan bersama kita tak kira kita susah atau senang.


Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh tenang,
namun hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya.
Begitulah juga dengan kehidupan manusia, nampak tenang, dan gembira,
tapi hanya Allah yang tahu rahsia di sebaliknya.



Sejarah,
yang baik, jadikanlah pemangkin ke arah yang lebih baik,
yang buruk, jadikanlah sempadan yang tidak lagi perlu dilintasi.




Setiap saat yang berlalu,
Pasti ada perkaranya,
Setiap perkara yang berlaku,
Pasti ada hikmahnya.



I have feelings, and I also have control for my feelings...
I must be strong to take that control.
I must be strong. (x1000)

Thursday, January 17

Mengapa ada derita bila bahagia tercipta...

Mengapa ada derita bila bahagia tercipta,


Mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan....



Petikan lagu Sheila On 7 yang membuatkan aku berfikir sejenak tentang kehidupan. Mengapa perlu ada kesedihan sedangkan kegembiraan itu sudah cukup menyenangkan? Mengapa perlu ada tangisan sedangkan gelak ketawa itu begitu meriangkan? Aku sendiri tidak mengerti. Tiada jawapan yang begitu pasti untuk aku berikan mengenai persoalan-persoalan sebegitu. Aku hanya dapat menjawab di dalam hati, 'ini adalah lumrah hidup'.

Namun bila difikirkan kembali, ada hikmahnya setiap perasaan yang Tuhan ciptakan itu. Bayangkan jika kita sebagai manusia hanya tahu erti kesenangan dan kegembiraan sepanjang masa. Setiap hari cuma bergelak ketawa dan bersuka ria tanpa batasan. Akan ingatkah kita pada Yang Maha Mencipta? Ingatkah kita pada Dia yang memberikan nikmat kegembiraan itu kepada kita? Mungkin tidak kerana secara lumrahnya, kita hanya akan perlukan tempat bergantung apabila susah. Kita hanya akan ingat tentang kesenangan apabila kita ditimpa kesusahan. Dan kita hanya akan tahu menghargai sesuatu apabila kita telah kehilangannya buat selama-lamanya.


Jika semua manusia gembira dan hidup senang, dapatkah kita berkongsi perasaan dan cuba untuk memahami antara satu sama lain? Mungkin tidak kerana masing-masing tidak perlukan sesiapa untuk berkongsi. Semua orang gembira dan tiada masalah yang perlu dikongsi. No more term sharing is caring. Cabaran hidup juga hilang. Tidak perlu lagi kita berjuang untuk hidup. Semuanya senang. Mungkin kita fikir kita akan bahagia jika semuanya indah. Namun, suatu hari nanti rasanya kita akan mula bertanya, 'di manakah indahnya hidup ini jika semuanya indah?'



Aku meninjau kembali sejarah hidup aku. Memang...semuanya bercampur baur. Bukan semua jalan yang aku telah lalui itu jalan yang amat menyenangkan. Banyak juga jalan penuh duri dan liku yang aku lalui. Aku sedar, setiap cabaran dan dugaan yang aku lalui hanya untuk menguji dan membentuk diri ke arah yang lebih baik. Aku bukanlah insan sempurna namun aku akan cuba untuk menjadi yang terbaik. Aku tidak ingin mensia-siakan hidup sendiri yang sememangnya hanya sementara.



Kebelakangan ini, aku asyik teringatkan kenangan-kenangan lalu yang membawa kesedihan. Mungkin kerana banyak peristiwa dalam minggu-minggu ini yang lebih menyedihkan berbanding menggembirakan. Aku cuba menulis hari ini untuk meringankan sedikit minda. Mungkin dengan menulis, separuh kenangan itu akan terlakar di tulisan berbanding di minda. Namun aku sedar tidak semudah itu untuk meluputkan kenangan tak terindah.. Kenangan yang kadang-kadang menghantui diri sehingga ke hari ini. Mungkin hanya masa dan keadaan yang boleh menyembuhkan.



Hari ini dan hari seterusnya, aku ingin sekali kembali ceria. Kenangan biarlah menjadi kenangan. Tidak perlu diungkit-ungkit. Andainya kenangan tak terindah itu datang, ingin sekali aku jadikannya sempadan, sempadan yang tidak perlu aku lintasi lagi buat selamanya. Namun sejauh manakah aku boleh lari daripada bayang-bayang sendiri. Kenangan itu telah sebati menjadi sebahagian daripada hidup aku. Yang boleh aku buat sekarang hanyalah cuba untuk membendungnya dari menguasai minda. Tapi sejauh manakah aku akan mampu bertahan.

Aku cuma mampu berharap Allah akan memberikan kekuatan dan kesabaran untuk aku terus menempuhi jalan-jalan sukar. Amin.

Thursday, January 3

Setahun berlalu lagi...

Setahun berlalu lagi, meninggalkan seribu satu kenangan pahit manis yang tidak mungkin dapat dilupakan buat selama-lamanya. Mungkin banyak kenangan yang pahit, mungkin juga banyak kenangan manisnya. Hanya diri sendiri yang mengerti sejauh mana kegembiraan atau pun kesedihan dan penderitaan yang telah dialami. Orang kata, yang berlalu biarlah berlalu. Yang mendatang harus dilalui dengan penuh azam dan iltizam. Mungkin orang boleh kata apa saja kerana bukan mereka yang melalui jalan seperti yang kita lalui.

Setahun berlalu lagi, aku masih lagi bernafas di Bumi-Mu yang indah ini. Alhamdulillah. Aku panjatkan kesyukuran yang teramat kepada-Mu Ya Allah kerana aku masih dapat merasai indahnya hembusan bayu, aku masih lagi dapat melihat sayupnya mentari senja, dan aku masih dapat lagi mendengar merdunya alunan suara alam. Yang paling penting, aku masih lagi dapat bersama orang-orang yang aku sayangi. Alhamdulillah...

Setahun berlalu lagi, masihkah aku dengan resolusi lama yang mungkin tidak dapat aku capai? Masihkah aku dengan angan-angan lama yang terus diulang-ulang hingga aku sendiri naik jemu? Masihkah aku mengharapkan pada yang tidak pernah sudi? Mungkin ya...mungkin tidak. Hanya masa akan menentukan. Perlukah aku menunggu sehingga setahun lagi? Atau perlukah aku hanya meluputkan segala yang tidak tercapai itu hingga tinggal menjadi kenangan. Yang aku tahu, kalaulah ia menjadi kenangan, kenangan ini bukanlah kenangan yang terindah.

Setahun berlalu lagi, perlukah aku mengutuskan resolusi baru yang mungkin tidak akan dapat aku capai hingga ke penghujung tahun nanti? Perlukah aku melakarkan satu lagi resolusi demi melenyapkan resolusi semalam yang masih lagi menjadi igauan di saat tidur malamku. Perlukah? Aku sendiri tidak mengerti. Kadang-kadang, bagi aku resolusi itu hanyalah ilusi yang menjadi mainan apabila tiba tahun baru. Melakarkan resolusi untuk berubah, tapi realitinya, resolusi itu hanya meletus di bibir. Tiada niat dan perlakuan sebenar yang menuju ke arah mencapai resolusi itu. Sedar tak sedar, setahun berlalu, dan resolusi itu tidak pernah dicapai.



Setahun berlalu lagi, aku hanya dapat merancang ke jalan manakah yang patut dan ingin aku jejaki. Namun yang menentukan segalanya hanyalah Dia. Semoga setahun yang bakal mendatang akan lebih baik dari tahun yang telah berlalu.Semoga jalan yang aku bakal lalui disenangkan laluannya dan menjurus ke arah kebaikan...Amin.


Tuesday, September 18

Siapa?? siapa??

Siapakah anda??

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.