Wednesday, June 4

My body is killing me!

Baru balik dari Edenkoben

First time hiking..and it's a 15-km route!
Now, my body is killing me..
Sengal all over..
Maklumla dah lama tak exercise..huh~

Feels like my legs need 15 days of rest.

Tapi kan orang ckp without pain, life is not beautiful.
Betul tak betul you are the only one who can answer..

For me..
Yeah..it was a whole lot of fun!
Penat tapi berbaloi...except for the food. Hahaha. :p

Next time I'll post about this in details, with photos (need to claim them first)

Tuesday, June 3

Keep your eyes wide open, for seeing is believing.








..these photos are from one of the forwarded emails that I received recently, with the subject "Only in Pakistan". Lol..:D

Monday, June 2

Masyukk... :D

Tengah masyuk buat slide show untuk presentation next week, tiba-tiba terngiang-ngiang lagu 'Humko Hamise Chura Lo' yang aku layankan sebelum pergi kerja pagi tadi. Apa lagi, aku pun membuka laman web kesukaan ramai YouTube dan searched for that particular song. Waaah...masyuknya..nak tahu kenapa masyuk? Tengoklah liriknya. Hehehe. :p



Aaaaaaa... hmm hmm..

Humko humise chura lo, dil mein kahin tum chupa lo
(Steal me from myself, hide me somewhere in your heart)

Hum akele kho naa jaaye, door tumse ho naa jaaye
(Don't let me get lost in loneliness, don't let me lose you)

Paas aao gale se lagaa lo
(Come to me, take me in your arms)

Lalalala..~


Masyuk, kan?
Steal me from myself, steal ME! Steal ME!
Hahahaha.

Jangan salah sangka, aku bukan kutuk lagu Hindustan.
In fact, aku selalu dengar lagu Hindustan.
I love the musics, and the melody.
Kadang-kadang, hanya dengan menggunakan huruf 'A',
lagu dan melodinya boleh jadi begitu menyentuh jiwa.

Aaaaaaa...
Aaaaa..~


p.s: Teringatkan pesan sv supaya buat 7-8 slides saja untuk presentation. Keep it simple, maybe not more than 15, katanya. Aku buat 16, boleh tak? Ampun ampun terlebih satu slide. Huhuhu.

Sunday, June 1

Quotes of the day....

Something related to me and you, to us...

Quotes Myspace Comments


Quotes Myspace Comments


Quotes Myspace Comments


Quotes Myspace Comments


Quotes Myspace Comments


Quotes Myspace Comments


Quotes Myspace Comments


Quotes Myspace Comments


Quotes Myspace Comments


Quotes Myspace Comments


Quotes Myspace Comments




Source: MyNiceSpace

Saturday, May 31

Survey on internship programme.

Here it goes, the poll result.

Question:

Internship will end soon. How do you feel?

Possible answers:
1.Great. No more work loads. No more over time.
2.Great. Back to student life. UTP. Ipoh. DC++.
3.Sad. I will leave my working life and great experiences during internship.
4. Sad. I will miss my office mates and my supervisor.



The result:

The most chosen answer is 'Great. Back to student life. UTP. Ipoh. DC++.'
How much we have missed UTP and our homes?
I feel this way, too. Missing home and hectic life in UTP :D
Most of us feel that studying is better than working, huh?
Ok..sometimes working is better than studying - for certain reasons.

At the second place: 'Sad. I will leave my working life and great experiences during internship.'
Not all experiences are good, but that is the reality- the truth.
Good or bad, all of them are memories that will not be forgotten, forever.
Put aside the bad things, and keep the good ones alive in our hearts. :D

Third place: 'Sad. I will miss my office mates and my supervisor.'
We do have new friends. If 7-8 months is not enough for even a new friend during internship, then it must be a very sad story to be told later. Friends, we will always need them, and the best of all are the ones that we really need whether we are sad or happy, whether we are alone or not.

Last but not least: 'Great. No more work loads. No more over time.'
I guess most of the interns are not burdened with tonne of works. But I do hear from some of the interns that they were burdened with lots of works in some work places (nama syarikat dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu). Just bear with it okay, only one month++ to go. :p

Thursday, May 29

Chemical plant visit: I love chemicals even more :D

Aku buat dua post hari ini. Maaflah, ada banyak benda yang nak dikongsi bersama. Kamu tanak baca pun tak apa. Aku gian untuk mengupdate blog ni. Heheh.

Hari ni aku menghadiri seminar di tempat kerja. Bukanlah seminar sangat, tapi lebih kepada melawat chemical plant, tempat penghasilan Neopor dan Styropor. BASF menghasilkan banyak produk berasaskan polymer, dan 33% daripadanya ialah bahan asas untuk penghasilan plastik.

Ada satu lecture tentang plastik. Makin bertambah kesedaran aku tentang betapa pentingnya plastik dalam kehidupan. Look around you, plastic is everywhere. Ceramah hari ini dalam bahasa Inggeris. So, tak perlulah translator lagi. Seminar tentang environment beberapa bulan lepas diadakan dalam bahasa Jerman, so most of the time aku cuma ternganga (literally la - bukan ternganga betul-betul). Ceramah hari ini mengingatkan aku tentang lecture di UTP. Adeh..malas pulak rasanya nak kembali belajar.

Dalam plant tersebut, kami diberi peluang untuk melihat lebih dekat bagaimana Neopor dan Styropor dihasilkan. Siap boleh sentuh lagi the last product yang belum dipacking untuk pasaran. Kagum jugalah aku, mungkin kerana selama ini aku asyik berada dalam office saja. Peralatan yang digunakan pun nampak canggih. Hehehe.

At 2.30 p.m., seminar dan plant visit tamat seperti yang dijadualkan. Aku kagum juga dengan time management di sini, semuanya berjalan seperti yang dijadualkan. Tak ada tangguh-tangguh walau seminit. Dan hari ini, aku gembira kerana dapat makan percuma. Makan tengah hari tadi ditaja oleh BASF. Alhamdulillah :D

Hari ini aku rasa aku sangat bertuah kerana memilih Chemical Engineering 4 tahun lepas. Walaupun aku masih belum tahu macam mana masa depan aku nanti, di manakah aku akan tercampak, namun, jauh di sudut hati aku, aku berasa sangat bersyukur. Kerana chemical engineering, aku berada di sini hari ini. Dan kerana chemical engineering aku dapat bertemu beberapa orang istimewa dalam hidup aku. :D


p.s:
Bosan kan cerita aku. Maaflah aku syok sendiri hari ini. :p

Kisah duit syiling

Baru semalam aku post tentang macam mana attitude orang Jerman, hari ini aku mahu tak mahu kena buat satu post lagi. (alasan untuk update blog, harap maklum :p)

Al kisahnya bermula begini. Semalam aku pergi ke PennyMarkt dengan Mizi. Masa tu jam lebih kurang 8.30 malam. (Supermarket tu tutup jam 10.00 mlm). Kami memang membawa banyak syiling. In fact aku bawa satu kotak syiling yang aku kumpul selama aku berada di sini. Kat sini memang banyak guna syiling pun. Ada 1 sen, 2 sen, 5 sen, 10 sen. 1 euro, 2 euro etc. Niat di hati nak habiskan duit syiling tu. Maklumlah, banyak sangat duit syiling, nak buat balik Malaysia pun memberatkan beg saja. Ni dia kotak syiling tu.


Kat market tu, aku pun amikla barang-barang yang aku nak beli berupa air mineral, udang dan telur. Untuk memudahkan sesi pembayaran dekat kaunter, aku pun congaklah terus. Aku bilang cukup-cukup duit syiling yang akan aku gunakan untuk membayar nanti. Semuanya 5.88 Euro.

Sampai di kaunter, aku terus letak syiling yang sudah siap dikira dekat kaunter. Memang banyaklah syiling. Bertaburan lambakan syiling dekat kaunter tu. Ada banyak 10 sen dan 20 sen. You can imagine how many coins were there.

Nak dijadikan cerita, ada la sorang akak yang beratur belakang aku dan Mizi ni. Dia mula bertanya dalam bahasa Jerman. Haish..aku tak faham. Aku agak je lah, mungkin dia nak bayar barang dia dulu sebab it takes a lot of time untuk penjaga kaunter tu mengira syiling yang banyak. Aku pun selamba la jawab, "Ya..ya".

Lepas tu akak tu mula tanya penjaga kaunter sambil menghulur-hulurkan duitnya (a 10 euro note). Dia bertanya.."Wie viel? - yang ini aku faham. Maksudnya "Berapa?". Masa tu, aku dan Mizi mula perasan. Rupa-rupanya akak tu nak tolong bayarkan untuk aku. Mungkin dia simpati melihat aku terpaksa menggunakan syiling yang begitu banyak hanya untuk membayar tiga barang yang simple.

Lebih malang lagi, setelah barang-barangku habis di scan, aku dapati congakan aku tersasar. Harga sebenar ialah 6.48 Euro. Aish..macam mana bleh tersasar ni. Chemical engineer apakah ini? Adeh. Aku mula menyalahkan diri kerana terlalu bergantung kepada kalkulator selama ini.

Apa lagi, aku pun mengeluarkan kotak syiling aku untuk menambah jumlah yang tak cukup. Bila akak tu melihat kotak itu, bertambah-tambahlah dia simpati. Mana taknya, masa tu dalam kotak itu banyak yang tinggal duit-duit syiling yang sangat kecil nilainya - 1 sen, 2 sen, 5 sen. Dia pun terus berkata-kata dalam bahasa Jerman sambil menghulur-hulurkan duit. Berkeras nak tolong bayarkan agaknya.

Aku dan Mizi masa tu dah tak boleh tahan nak tergelak. Tapi sempat control lagi. Aku cakap "Nein..nein". - No no. Mizi pulak cakap "Ist Okay".- Its okay. Dia akhirnya pasrah. Aku pun berjaya membayar menggunakan hampir separuh duit syiling yang aku kumpul.

Mizi yang juga bercadang untuk membayar barang-barangnya menggunakan duit syiling pada mulanya, terus membatalkan niat untuk berbuat demikian. Tak mahu pisang berbuah dua kali. (Ingat: Akak tu masih lagi beratur di belakang!). Kalaulah Mizi pun guna duit syiling juga, akak tu mesti bertambah-tambah kesian. Dua sekawan ni orang miskin agaknya. Nak beli barang pun terpaksa guna syiling. Hahaha.

Dalam perjalanan baliknya, kami tergelak besar. Mana taknya, niat di hati nak habiskan syiling saja tapi silap-silap haribulan boleh dapat barang percuma.

Terfikir juga, aku bukannya kenal pun akak tu, kenapalah baik sangat? Mungkinkah sebab culture diorang memang begitu. Sebelum ini pun aku pernah tengok seorang pakcik tolong bayarkan untuk seorang budak kecil yang tidak membawa duit secukupnya untuk membeli barang.

Dan aku terfikir juga, kalaulah di Malaysia, kita lihat orang yang kita tak kenal, foreigner pulak tu, bayar guna lambakan syiling dekat kaunter supermarket, adakah kita akan berbuat seperti yang dibuat oleh akak itu? I think it is a NO. Besar kan perbezaan antara culture kita dan mereka.


p.s:
Lain kali kalau nak guna duit syiling lagi, aku akan pergi time supermarket tu tak ada orang, barulah boleh guna syiling tanpa was-was. Hahahaha.

Wednesday, May 28

99th Post - Don't Believe The Hype

*My 99th post: This is a positive side of my view.

It is almost 6 months aku menjejakkan kaki di sini. Memang tak pernah berubah perspective aku tentang orang-orang di sini. In term of attitudes, they are good, and some of them are even better than some Malaysians that I have met before.

Hari ni aku naik bas seperti biasa ke tempat kerja dari pintu pagar depan BASF (Tor 7). Kebetulan aku duduk dekat dengan driver bas. Sampai kat satu stop dekat cafetaria, dia mula bertanya dalam bahasa German. Aku blur. Tak tahu nak jawab apa. Aku cuma bagitau aku tak reti cakap Jerman. What happened lepas tu?

Driver tu dengan rendah dirinya cakap, ' Sorry, my english is very bad'.

Aku cakap 'It's okay.'

Dan dia balas 'No, it's not okay'.


Aku cuma terdiam. Dalam hati, aku rasa aku yang patut malu kerana tidak dapat berbahasa Jerman sedangkan aku berada di Germany.

Dia pun tanya lagi, ' Where are you going? Tor 12?'


Aku pun cuba mempraktikkan serba sedikit bahasa Jerman yang aku tahu. 'Nein. Nexte Hastestelle' (ejaan ni konfem salah, ntah btul ke x aku pronounce tadi..hahaha). Maksudnya ''no, next stop.'' Kebetulan masa tu aku dah nak turun next stop.

Dia pun hentikan bas kat next stop. 'Here?'

Aku jawab 'Ja' - yes

Dia cakap 'Bye'

Dan aku reply 'Danke, tschüss' - Thank you, bye


Turun saja dari bas, aku tersenyum sendirian. Kalau ingat-ingat balik, dah agak ramai orang di sini yang aku jumpa, rata-ratanya sama dengan driver bas yang baru aku jumpa tadi. Walaupun mereka cuma tahu berbahasa Inggeris serba sedikit saja, tapi apabila ditegur atau menegur kita, mereka akan cuba sedaya upaya untuk berkomunikasi.

Kalau nak tolong tunjuk jalan, mereka akan betul-betul tolong. Nak ajar cara keluarkan duit, nak bagitau bas atau tram mana kena naik untuk ke satu-satu tempat, mereka akan tolong dengan bersungguh-sungguh.

Teringat seorang mak cik tua yang baya nenek aku. Dia tegur aku dalam bahasa Jerman, masa tu aku tengah tunggu bas. Seperti biasa aku cakap aku tak paham. Susah-susah dia explain pakai sign tangan semua, rupa-rupanya nak tanya aku datang dari mana.

Rata-rata yang aku jumpa juga, selalunya guess aku datang dari Korea (:D) atau China (erk..). Bila cakap Malaysia... barulah mereka kata 'oooo'... Aku bangga juga sebab ramai orang kat sini kenal Malaysia. Bila cakap Malaysia - diorang selalu relate kan dengan Twin Towers, Kuala Lumpur. Siapa cakap Twin Towers satu pembaziran.


Kesimpulannya, most of the people here are very friendly. Cuma satu saja golongan orang yang aku tak suka di sini - orang mabuk teruk, lepas tu merapu-rapu dalam tram atau bas. Tapi setakat ni baru dua tiga kali aku jumpa orang macam tu.


So kawan-kawan, don't believe the hype that orang-orang Jerman kasar, dan selalunya tak berperikemanusiaan seperti yang selalu ditonjolkan dalam filem-filem Hollywood. :D

p.S: 99 posts including the drafts that I do not wish to publish. Does that count as well?

Monday, May 26

Ignoring is a bliss, but can you ignore everything?

cara mengorat :p


Lunch hour. Masa untuk makan. Tapi kurang berselera. Aku rasa berat badan aku dah turun lagi. Tak ada penimbang berat buat masa ni, tapi ada orang cakap aku makin kurus. I don't want to believe it but if it is the truth, can I just ignore it?

Badan rasa macam kurang sihat. Penat. Sakit kepala. Otak berserabut dengan macam-macam benda. Mungkin sebab semalam tidur tak menentu. Siangnya tidur hampir tiga jam (12.30 tgh - 3.30 ptg). Malamnya, sebelum Isya tidur hampir sejam. Bangun solat Isya (11.40 malam), lepas tu cuba untuk tidur tapi tak lena. Bangkit kembali. Sempat layan satu movie, dan beberapa potong lagu.

Tidur kembali selepas Subuh (around 3.00 pagi), tapi masih tak lena. Last time aku tengok jam, pukul 4.00 pagi. Lepas tu, tertidurlah agaknya.

7.00 pagi bangun. Kepala terasa berat. Tak cukup tidurkah? (Ikut perkiraan tidur semalam 3+1+3 = hampir 7 jam). Entahlah. Kebelakangan ini aku memang susah untuk tidur. Aku perlukan suasana yang betul-betul tenang barulah dapat melelapkan mata. Maaflah, definisi keadaan tenang aku berbeza dengan orang lain. (Or can I just ignore it).

Beginilah nasib, bila kepala berserabut. Nak tidur pun susah. Mana mahu fikir untuk buat kerja lain lagi. Bertambah-tambah sakit kepala. Adeh x 100. Nak ignore lagi, bleh?

Jangan pula berasa pelik dengan waktu-waktu yang aku sebutkan. Di sini, memang begitulah keadaannya. Kadang-kadang terfikir alangkah bagusnya kalau berada di Malaysia.

Subuh - 2.59 pagi
Zuhur - 1.24 ptg
Asar - 5.38 ptg
Maghrib - 9.19 mlm
Isya' - 11.35 mlm



P.s: Maaflah entri-entri kebelakangan ini asyik bercerita tentang benda-benda yang kurang positif. I will try to be more positive afterwards okay. I'll stop from updating the blog for a while until I have positive entry to share. Deal.

Search for 'ignore' in Google, this is the first search result: wikiHow: How to Ignore People. LOL. Can you really do that?

Yes, ignoring is a bliss, but you can not possibly ignore everything.

Saturday, May 24

Living is not an easy path, and dying is not, either...

  • Just because I made a mistake once, it doesn't mean that I am forever guilty. Just because I said it wrong once, you don't have to judge me forever. You don't have the right to.
  • If you walk away from me, don't expect me to come closer to you. I will walk further away from you.
  • Sometimes sorry is not enough. You have to change. But will you? And sometimes forgiveness is not enough. You have to be able to mend. But will you?
  • I don't care if you call me names, but don't mind if I do the same thing to you.
  • Accept people as who they are, and you will find that you're good enough to be accepted. Sometimes, just accept yourself as who you are, and people will accept you.
  • Why bother if you don't really care. Why ask if you know the answer. Why are you there, when I need you here.
  • If you think you're good enough, don't assume that all people will be as good as you. Don't don't assume all other people are evil either. That doesn't make you are any better.
  • Don't judge people by their appearances. Judge them by their attitudes, because changing appearances is easier than changing attitudes.

Life is complex, can it really be easy?
Or is it me who think of it that way?


p.s:
Tengah serabut dengan macam-macam benda, datang pula judgement-judgement yang membuatkan aku bertambah serabut. People just like to judge, even if they are not judges!