Arghhhh..penatnya otak membuat report. Tak sampai sebulan lagi final presentation untuk internship. Cuak-cuak. Makin hampir ke penamat internship. Tak sabar-sabar nak balik.
Jangan salah faham, aku bukannya tak suka berada di sini, aku suka. Kadang-kadang aku rasa best juga kalau dapat kerja di sini.
Tapi, itulah, sebab dah agak lama di sini, aku rindu famili. Rindu kampung halaman. Rindu masakan kampung. Rindu PC aku yang mungkin sedang diperkotak-katikkan oleh adik aku. Balik nanti jaga-jagalah dia. Heheh.
Okeh, dah tak lama lagi. Lepas ni semua ini akan berakhir.
Kadang-kadang, bila bosan, aku lihat status kawan-kawan di Yahoo Messenger. Aku tahu, kamu semua pun suka melihat status di YM kan. Jangan nak menafikannya. Aku tahu.
Yang biasa aku lihat:-
0. tiada dalam talian - aalim.
1. haish..too bad~ - tuan dia kata ini tag, kena letak lama2. hahaha.
2. Be Right Back - status biasa bila tuan dia keluar sekejap - tandas, makan
3. Stepped Out - status untuk tuan yang keluar lama cket - kedai, jalan2 bilik orang
4. Busy - tuan dia mungkin tengah membuat kerja, report atau tengok movie. :p
5. Ada yang asyik Availabe.
6. Ada yang asyik Invisible. Aku tahu. Dulu aku pun asyik invisible juga. Sekarang pun, kadang-kadang. Aku faham sometimes kita tak nak diganggu, kan? Hahaha.
7. Ada yang asyik tukar-tukar status. - akulah tu dan beberapa lagi rakan-rakan.
8. Ada yang asyik berstatus jiwang. - you know who you are. Hehehe :p
9. Ada yang status keagamaan dan kerohanian. Insaf seketika semasa aku membacanya.
10. Ada juga status yang merepek-repek. Nyampah aku baca.
11. Ada yang asyik status pasal bola. Sekarang jarang pulak dia online. So dah xde update pasal bola lagi.
12. Ada status tajuk lagu atau movie atau series yang sedang dilayan.
13. Ada sesetengah status yang kadang-kadang aku tak paham langsung. Hampeh.
14. Ada status berfalsafah bukan main. - akulah tu tapi kadang-kadang je.
15. Ada yang asyik Idle berjam-jam - baik invisible je oi. Hahaha. :p
16. Tidak dilupa status yang mempromote blog masing-masing. :D
Sekarang aku suka tengok status Wadieq:
- FoR THINGS I did wr0ng, f0r WORDS which might hurt, f0r JOKES U can`t take, f0r ADVICE U can`t accept, 1001 Ap0LoGiES fr0m me
Status aku, pun aku suka juga: (aku kena suka, kalau tak siapa lagi nak suka?)
- Patience is a virtue. But limit it has.
Okaylah, satu lagi, status best buddy, aku tak paham sangat, tapi letak je la kan.
- menjaga hati - "..biarkan aku menjaga perasaan ini ohhh, menjaga segenap cinta yang telah kau beri, engkau pergi, aku tidak akan pergi, engkau menjauh, aku tidak akan jauh, sebenarnya diriku masih mengHARAPkan MU.."
Sudahlah, sudah penat aku mengarut. Aku nak sambung buat report pula. Aku doakan yang terbaik untuk kita semua. Good luck with report and presentation nanti. All the best. Amin. :D