Tag ini menyelongkar apa yang ada di dalam beg aku. Tapi jangan risau, tak ada apa-apa yang pelik dalam beg aku ni.
Okaylah, kita mulakan satu persatu. Ini dia beg aku yang aku bawa hampir ke mana-mana saja di sini:
- Shopping center di sini tidak menyediakan plastik bag secara percuma, so untuk menjimatkan kos, kami membeli plastik bag sekali sahaja, lepas itu reuse. =D
2. Name Tag
- Pass untuk keluar masuk ke tempat kerja. Lagi lawa daripada kad matrik UTP, seryes.
3. Earphone
- Sebagai back up untuk mendengar lagu di handset andainya iPod kehabisan bateri.
4. Passport.
- Macam kad pengenalanlah kat sini. Untuk travel ke mana-mana memang penting.
5. Buku catatan.
- Tak catat apa-apa pun, hanya sebagai persediaan untuk mencatat, jika perlu.
6. Map
- Map untuk ke mana-mana kawasan berhampiran. Tapi memang jarang diguna pakai pun.
Handset, dompet, kunci? Aku tak pernah letak dalam beg. Letak dalam poket seluar atau jaket saja kerana lebih senang untuk dicapai.
Penat juga menyelongkar beg sendiri, aku tak ingin kamu semua penat, okay? Jadi aku tak ingin tag sesiapa kali ini. =p


